Tujuan

 

Kelas ini diadakan bertujuan untuk meningkatkan kemahiran dan pengetahuan ICT para peserta terutamanya dalam Microsoft Office Publisher. Mengenali komponen yang terdapat dalam Microsoft Office Publisher. Mempelajari cara membuat kad jemputan hari jadi menggunakan template publisher. Menambah kemahiran dalam menggunakan template Publisher. Meningkatkan kreativiti para peserta dalam memilih design yang sesuai.

 

Aktiviti

 

Peserta diberi penerangan oleh petugas berkenaan Microsoft Office Publisher. Peserta juga dipandu cara menggunakan Microsoft Publisher. Sesi soal jawab antara petugas dan peserta turut dijalankan. Peserta diberi arahan membuat kad hari jadi mengikut kreativiti masing-masing, dan memasukkan gambar ke dalam template yang tersedia supaya kad nampak lebih menarik. Menarik minat peserta mengikuti aktiviti di PI Gedong.

 

GAMBAR DI SINI