Tujuan

 

Meningkatkan pengetahuan ICT peserta serta memberi tips keselamatan penggunaan internet kepada peserta. Peserta akan lebih bijak ketika menggunakan internet. Menarik minat peserta pergi ke PI Kampung Gedong. Menguji minda para peserta dalam menjawab soalan berkenaan matematik. Menambah pengetahuan peserta dalam membuat pengiraan. 

 

Aktiviti

 

Peserta diberi penerangan oleh petugas berkenaan e-pembelajaran iaitu mempelajari asas matematik bagi peserta yang akan menduduki SPM kelak. Petugas menasihati peserta supaya menggunakan internet secara bijak dan menggunakan internet bagi tujuan pembelajaran. Akhir sekali, kuiz matematik dibuat kepada para peserta secara individu. 

 

GAMBAR DI SINI