LAPORAN NOVEMBER
TARIKH |
: 8 NOVEMBER 2020 |
MASA |
: 2.00 PETANG – 4.00 PETANG |
LOKASI |
: PUSAT INTERNET KAMPUNG GEDONG |
PESERTA |
: PELAJAR SEKOLAH RENDAH (4 ORANG) |
Tujuan
Mempelajari asas penggunaan komputer. Mempelajari cara membuat carta menggunakan software yang tersedia di pc. Meningkatkan pengetahuan asas multimedia dan Microsoft Office Word para peserta. Meningkatkan kemahiran penggunaan komputer para peserta. Menarik minat peserta berkunjung ke PI Kampung Gedong bagi menambah pengetahuan ICT.
Aktiviti
Petugas memberi penerangan tentang Microsoft Office Word dan cara menggunakan SmartArt. Sesi soal jawab di antara peserta dan petugas juga turut diadakan. Petugas memberi tunjuk ajar kepada para peserta tentang aplikasi yang digunakan. Akhir sekali, peserta diuji membuat carta menggunakan modul yang disediakan oleh petugas PI Kampung Gedong.