LAPORAN NOVEMBER
TARIKH |
: 13 NOVEMBER 2020 |
MASA |
: 2.00 PETANG – 4.00 PETANG |
LOKASI |
: PUSAT INTERNET KAMPUNG GEDONG |
PESERTA |
: PELAJAR SEKOLAH RENDAH (8 ORANG) |
Tujuan
Meningkatkan pengetahuan ICT para peserta dalam Keusahawanan dan Microsoft Office Publisher. Peserta mempelajari cara membuat kupon dengan menggunakan template design yang sedia ada di dalam publisher. Peserta mempelajari cara mengubah tulisan serta memasukkan imej ke dalam kupon. Meningkatkan pengetahuan multimedia dalam memasukkan imej dari google.
Aktiviti
Petugas memulakan kelas dengan sesi penerangan kepada peserta berkenaan asas keusahawanan serta cara-cara menjadi usahawan yang berjaya. Seterusnya, petugas menyediakan slaid pembentangan berkenaan Modul Microsoft Office Publisher. Peserta melihat cara penggunaan publisher langkah demi langkah sebelum membuat kupon. Petugas turut sama membuat kupon dan diikuti peserta. Peserta membuat kupon menggunakan template design yang tersedia.