LAPORAN JANUARI
TARIKH |
: 14 JANUARI 2021 |
MASA |
: 10.00 PAGI – 12.00 TENGAHARI |
LOKASI |
: PUSAT INTERNET KAMPUNG GEDONG |
PESERTA |
: PELAJAR SEKOLAH (8 ORANG) |
Tujuan
Meningkatkan kemahiran ICT dan keusahawanan para peserta. Memperkenalkan medium jualan secara atas talian kepada para peserta bagi menambah pengetahuan asas keusahawanan yang sedia ada. Menarik minat peserta untuk mengikuti kelas yang dianjurkan di Pusat Internet Kampung Gedong. Menambah keahlian sedia ada.
Aktiviti
Para peserta diberi pendedahan cara penggunaan komputer yang betul dan dipandu cara membuka laman web perniagaan secara atas talian. Petugas menyediakan modul pembelajaran sebagai rujukan para peserta bagi memudahkan mereka membuat rujukan. Peserta mengikut arahan yang diberikan dari masa ke semasa.