BELAJAR ASAS KOMPUTER, INTERNET, KDB DAN DASHBOARD KOMUNITI

NAMA  : DAYANG NUR DANIA BINTI AWANG RABIEE
UMUR  : 12 TAHUN
AHLI  : 2020

 

Latar belakang

Dayang Nur Dania bt Awang Rabiee merupakan seorang pelajar sekolah rendah yang bersekolah di Sk Abang Kadir Gedong. Beliau merupakan seorang murid yang rajin dan senang berkawan. Beliau sering berkunjung ke Pusat Internet Kampung Gedong untuk belajar asas komputer kerana rumahnya berhampiran dengan Pusat Internet Kampung Gedong. Beliau sering menggunakan perkhidmatan di Pusat Internet Kampung Gedong seperti melayari internet, fotokopi, printing dan sebagainya. 

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum melibatkan diri dengan Pusat Internet Kampung Gedong, beliau tidak tahu cara menggunakan komputer kerana kurangnya pendedahan dan pengetahuan ICT. Beliau masih belum mahir menggunakan papan kekunci dan menggunakan simbol yang ada di dalam komputer untuk menaip. Beliau juga kurang pengetahuan dalam membezakan kebaikan dan keburukan penggunaan internet.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Setelah pergi ke Pusat Internet Kampung Gedong, beliau dapat mempelajari computer dan asas-asas computer. Beliau juga mempelajari pengenalan web, dashboard komuniti, dan banyak lagi. Beliau juga mempelajari cara membuat origami menggunakan youtube. Beliau mempelajari Microsoft Office Word, Excel, Publisher dan juga Power Point. Beliau juga mempelajari permainan pendidikan seperti Jigsaw Puzzle Online, Kuiz Matematik, Kuis Islamik Interaktif dan Kahoot. 

 

 IMG-20210329-WA0031