USAHAWAN KONTRAKTOR INDUSTRI BINAAN

NAMA  : MASRI BIN JAHAMARI
UMUR  : 62 TAHUN
AHLI  : 2021

 

Latar belakang

Encik Masri bin Jahamari merupakan seorang ketua kampung Lalang Mayak Gedong. Beliau merupakan seorang kontraktor dalam industry pembinaan. Selain itu, beliau telah menubuhkan syarikat beliau sejak tahun 2014 lagi dan diberikan nama Mazdah Enterprise. Beliau telah banyak mengikuti kursus seperti kursus integrity kontraktor industry pembinaan, kursus asas keselamatan dan banyak lagi.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau sebelum mengenali Pusat Internet Kampung Gedong, beliau kurang berkemahiran dalam penggunaan komputer. Beliau juga hanya mengetahui asas Microsoft Office sahaja. Beliau masih belum tahu perkhidmatan yang disediakan di PIK Kampung Gedong. Beliau juga mengalami kesukaran dalam membuat kertas kerja beliau, dan lain-lain yang berkaitan dengan kerja beliau. Pendapatan beliau juga sekitar RM1000-1200 sebulan.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas menyertai kelas ICT di Pusat Internet, Encik Masri bin Jahamari semakin mahir menggunakan komputer dan pendapatan beliau juga semakin bertambah. Beliau juga dapat membuat kertas kerja dengan lebih teratur dan kemas. Beliau juga dapat menggunakan perkhidmatan printing, fotokopi dan melayari internet di PIK Kampung Gedong. Beliau juga dapat mengikuti kelas ICT secara percuma di sini. Kini, pendapatan beliau sekitar RM1200-RM1500 sebulan. 

 

11