USAHAWAN MENJUAL PELBAGAI BARANGAN RUNCIT

NAMA  : ABU BAKAR BIN UDIN
UMUR  : 64 TAHUN
AHLI  : 2019

 

Latar belakang

Encik Abu Bakar bin Udin yang berumur 64 tahun merupakan seorang pesara guru dan juga seorang Ketua Kampung Tengah Lama Gedong. Beliau seorang yang sangat aktif dan peramah orangnya. Di samping itu, beliau memiliki perniagaan kedai runcit bersama isteri beliau. Beliau sudah lama menjalankan perniagaan runcit di Kampung Tengah Lama Gedong. Beliau mempunyai banyak kenalan dan kebanyakan pelanggan beliau penduduk di sekitar kawasan Kampung Gedong.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum menjadi ahli Pusat Internet Kampung Gedong, Encik Abu Bakar bin Udin hanya mengetahui asas komputer sahaja. Beliau kurang berkemahiran dalam menggunakan laman web seperti Facebook dan (dashboard komuniti), serta medium perniagaan lain. Beliau juga hanya menjual barangan di kedai runcit beliau sahaja tanpa mempromosi ke media social seperti whatsapp. Pendapatan beliau juga sekitar RM500-RM800 sebulan.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas menyertai kelas ICT di Pusat Internet, beliau menjadi semakin mahir menggunakan komputer dan pendapatan beliau juga semakin bertambah. Beliau sudah pandai menggunakan medium perniagaan lain seperti group whatsapp. Kini, pendapatan beliau sekitar RM800-RM1200 sebulan. Perniagaan beliau semakin maju. Beliau juga sudah mahir menguasai Microsoft Office dan juga menggunakan dashboard komuniti.

 

12