NAMA  : NURUL NABIHA BINTI SULIMAN
UMUR  : 24 TAHUN
AHLI  : 23 DISEMBER 2018

 

Latar belakang

Nurul Nabiha binti Suliman merupakan seorang usahawan baru yang menceburi diri dalam bidang pembuatan kek dan roti. Beliau telah menceburi diri dalam bidang tersebut pada tahun 2021. Beliau memulakan perniagaan secara kecil-kecilan di rumah dan mempunyai pengalaman dalam bidang pembuatan kek dan roti kerana sering mengikuti kursus membuat kek dan roti tidak kira secara atas talian mahupun secara bersemuka. Oleh kerana minat, beliau sentiasa mencuba sesuatu yang baru dengan mendeko kek secara kreativiti beliau sendiri dan mencipta resepi baru untuk roti serta brownies yang beliau jual.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Beliau sebelum mengenali Pusat Internet, beliau kurang mahir menggunakan komputer dan mengetahui cara yang sesuai untuk mempromosikan produk beliau. Beliau hanya menjual menggunakan whatsapp sahaja. Setelah berkunjung ke PIK Gedong, beliau menjadi semakin mahir dan mempromosikan produk secara atas talian menggunakan facebook dan yezza. Pendapatan beliau juga hanya sekitar RM500 - RM700 sebulan. Jadi, beliau mengambil inisiatif untuk mempelajari ICT secara PERCUMA di PIK Kampung Gedong. Di sini, beliau mempelajari cara meningkatkan hasil jualan, mempelajari resepi baru di internet, mempelajari cara mengurus kewangan perniagaan dan sebagainya..

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Berkat kerajinan beliau mengikuti kelas ICT yang dianjurkan oleh PIK Kampung Gedong, pendapatan beliau kini semakin bertambah. Bukan setakat itu, pendapatan beliau juga semakin bertambah sekitar RM800 – RM1000 sebulan. Beliau juga sudah mempunyai banyak kenalan dari luar kawasan Gedong yang menempah kek, brownies dan roti beliau. Setiap hari, sentiasa ada order yang masuk, sehingga beliau tak menang tangan untuk menyiapkan tempahan berikut. Berkat sokongan keluarga dan pengetahuan yang ditimba di PIK Gedong menaikkan semangat beliau untuk teru mengorak langkah menjadi usahawan muda yang berjaya.

 

154457670 774816193446950 7894192256994583766 n

GAMBAR DI SINI