NAMA  : SALMIAH BINTI KAMALUDIN
UMUR  : 39 TAHUN
AHLI  : 24 FEBRUARI 2019

 

Latar belakang

Puan Salmiah telah menceburi diri dalam bidang ini sejak tahun 2004. Pernah mengikuti pertandingan anjuran PEDi sebanyak 2 kali dan menjadi Johan dalam Pertandingan Gubahan Kreatif. Menjadikan PEDi sebagai pusat untuk beliau belajar menggunakan media social. Menggunakan Youtube sebagai sumber pembelajaran. Menggunakan kaedah Online banking  dan cash untuk pembayaran. 

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Beliau sebelum mengenali PEDi Kampung Gedong, beliau kurang berkemahiran dalam penggunaan komputer. Beliau juga hanya mengetahui asas Microsoft Office sahaja. Beliau masih belum tahu perkhidmatan yang disediakan di PEDi Kampung Gedong. Beliau juga mengalami kesukaran untuk mempromosi produk beliau, dan lain-lain yang berkaitan dengan kerja beliau. Pendapatan beliau juga sekitar RM400 sebulan.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Selepas menyertai kelas ICT di PEDi Gedong, Puan Salmiah semakin mahir menggunakan komputer dan pendapatan beliau juga semakin bertambah. Beliau juga dapat mempromosi produk beliau secara atas talian. Beliau juga dapat menggunakan perkhidmatan printing, fotokopi dan melayari internet di PEDi Kampung Gedong. Beliau juga dapat mengikuti kelas ICT secara percuma di sini. Kini, pendapatan beliau semakin bertambah sekitar RM1000 sebulan. 

 

536145 

KLIK VIDEO DI SINI