BELAJAR ASAS KOMPUTER, INTERNET, KDB DAN DASHBOARD KOMUNITI

NAMA  : QISTINA BINTI SHUKRI
UMUR  : 12 TAHUN
AHLI  : 5 JULAI 2019

 

Latar belakang

Qistina binti Shukri merupakan seorang pelajar sekolah rendah yang bersekolah di Sk Abang Kadir Gedong. Beliau merupakan seorang murid yang rajin. Beliau sering berkunjung ke PEDi Kampung Gedong untuk belajar asas komputer kerana minat yang mendalam untuk mempelajari ICT dan menggunakan perkhidmatan yang disediakan di sini seperti melayari internet, fotokopi, printing dan sebagainya. 

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Sebelum melibatkan diri dengan PEDi Kampung Gedong, beliau tidak tahu cara menggunakan komputer kerana kurangnya pendedahan dan pengetahuan ICT. Beliau masih belum mahir menggunakan papan kekunci dan menggunakan simbol yang ada di dalam komputer untuk menaip. Beliau juga kurang pengetahuan dalam membezakan kebaikan dan keburukan penggunaan internet.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Setelah pergi ke PEDi Kampung Gedong, beliau dapat mempelajari computer dan asas-asas computer. Beliau juga mempelajari pengenalan web, dashboard komuniti, dan banyak lagi. Beliau juga mempelajari cara membuat origami menggunakan youtube. Beliau mempelajari Microsoft Office Word, Excel, Publisher dan juga Power Point. Beliau juga mempelajari permainan pendidikan seperti Jigsaw Puzzle Online, Kuiz Matematik, Kuiz Islamik Interaktif dan Kahoot. 

 

QIS