BELAJAR ASAS KOMPUTER, INTERNET, KDB DAN DASHBOARD KOMUNITI

NAMA  : NUR KUAISYA BINTI HAMDAN
UMUR  : 16 TAHUN
AHLI  : 1 OKTOBER 2018

 

Latar belakang

Nur Kuaisya adalah ahli PI Kampung Gedong dan bersekolah di SMK Gedong. Beliau kerap berkunjung ke Pusat Internet kerana di PI disediakan kemudahan mengakses internet untuk beliau mendapatkan maklumat dan info terkini. Di PI Kampung Gedong, beliau juga didedahkan dengan pembelajaran ICT. Prestasi Kuaisya dapat dilihat semakin meningkat dalam menggunakan Microsoft Office, Dashboard Komuniti dan Multimedia. Beliau juga turut membantu mempromosi produk ibu beliau ke dalam Laman My Shop.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum melibatkan diri dengan aktiviti PI, adik Kuaisya kurang mahir menggunakan komputer kerana kurang didikan dan pendedahan kepada pembelajaran asas-asas komputer. Malahan, adik Nur Kuaisya juga tidak tahu tentang penggunaan software yang terdapat dalam komputer.  

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Setelah menghadiri beberapa kelas ICT yang diadakan adik Kuaisya kini pandai menggunakan komputer. Malah adik Kuaisya juga mahir menggunakan internet yang ada untuk melihat beberapa aplikasi permainan pendidikan secara online seperti mewarna, puzzle, kuiz dan banyak lagi. Kekerapan adik Kuaisya mengikuti kelas banyak membantunya untuk meningkatkan kemahiran yang ada terutama dalam melaksanakan kelas Microsoft office dengan membuat kad hari jadi, menaip surat, membuat kertas pembentangan menggunakan power point dan melukis corak di paint. Disamping asas-asas komputer tersebut adik Kuaisya juga bijak menggunakan laman sosial seperti facebook dan dashboard komuniti.

 

kuaisya

KLIK VIDEO DI SINI