USAHAWAN KECIL MENJUAL MINUMAN 

NAMA  : KAMIS BINTI PALENG
UMUR  : 53 TAHUN
AHLI  : 8 OKTOBER 2018

 

Latar belakang

Kamis bt Paleng, 53 tahun merupakan seorang usahawan minuman di mana tapak perniagaannya terletak di Anjung Usahawan Gedong. Beliau telah beroperasi di Anjung Usahawan bermula pada awal tahun 2018 dan telah mendaftar dengan Pusat Internet sejak 2 tahun yang lalu. Beliau juga merupakan seorang yang cepat belajar, mudah memahami dan tidak mudah putus asa. Bagi beliau usia bukan penghalang untuk menimba ilmu pengetahuan.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau melibatkan diri dengan aktiviti PI, Cik Kamis kurang mahir menggunakan computer dan internet kerana kurang pendedahan kepada pembelajaran asas-asas komputer. Selain itu, beliau juga tidak tahu tentang penggunaan software yang terdapat dalam computer dan dan web platform penjualan online.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas menyertai kelas ICT di Pusat Internet, Cik Kamis kini telah mempelajari cara penggunaan dan penjagaan computer dengan betul. Beliau juga telah mempelajari cara menggunakan internet sebagai medium pemasaran dan iklan produk melalui My Shop dan juga beberapa platform jual beli atas talian serta media sosial. Selain itu beliau juga telah mempelajari etika penggunaan internet dengan betul serta kepentingan Klik Dengan Bijak.

IMG 20181128 121901

 KLIK VIDEO DI SINI