USAHAWAN KECIL MENJUAL BARANGAN MUSLIM

NAMA  : ROSTIAH BINTI HASHIM
UMUR  : 43 TAHUN
AHLI  : 29 SEPTEMBER 2018

 

Latar belakang

Pn. Rostiah bt Hashim, 43 tahun merupakan seorang usahawan pakaian muslim di mana tapak perniagaannya terletak di Anjung Usahawan Gedong. Beliau telah beroperasi di Anjung Usahawan bermula pada awal tahun 2018 dan telah mendaftar dengan Pusat Internet sejak 29 September 2018. Beliau juga merupakan seorang yang cepat belajar, mudah memahami dan tidak mudah putus asa. Bagi beliau usia bukan penghalang untuk menimba ilmu pengetahuan dan internet merupakan medium paling pantas untuk pengiklanan.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum melibatkan diri dengan aktiviti PI, Pn. Rostiah kurang mahir menggunakan computer dan internet kerana kurang pendedahan kepada pembelajaran asas-asas komputer. Selain itu, beliau juga kurang mahir tentang penggunaan software yang terdapat dalam computer dan dan web platform penjualan online.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas menyertai kelas ICT di Pusat Internet, Pn. Rostiah kini telah mempelajari cara penggunaan dan penjagaan computer dengan betul. Beliau juga telah mempelajari cara menggunakan internet sebagai medium pemasaran dan iklan produk melalui My Shop dan juga beberapa platform jual beli atas talian serta media sosial. Selain itu beliau juga telah mempelajari etika penggunaan internet dengan betul serta kepentingan Klik Dengan Bijak.

 

50024005 2034880846549099 3235187229563289600 n

KLIK VIDEO DI SINI