BELAJAR ASAS KOMPUTER, INTERNET, KDB DAN DASHBOARD KOMUNITI

NAMA  : HAIFA HAZIRAH BINTI KEPLI
UMUR  : 14 TAHUN
AHLI  : 12 OKTOBER 2018

 

Latar belakang

Adik Haifa merupakan seorang pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Gedong berumur 13 tahun. Beliau telah menyertai Pusat Internet Kg Gedong sebagai ahli sejak Pusat Internet Kg Gedong dibuka pada tahun 2018. Adik Haifa merupakan seorang yang rajin mengikuti kelas dan cepat memahami langkah-langkah kerja yang di ajar ketika kelas pembelajaran dijalankan.

 

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum melibatkan diri dengan aktiviti Pusat Internet Kg Gedong, adik Haifa kurang mendapat pendedahan mengenai asas penggunaan dan penjagaan komputer. Selain itu, beliau juga kurang mengetahui tentang pelbagai jenis penipuan yang terdapat di alam siber dan etika penggunaan Internet yang betul. Adik Haifa juga kurang kemahiran dalam penggunaan aplikasi-aplikasi dan ‘software’ yang terdapat di dalam komputer.

 

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Adik Haifa kini mempunyai asas kemahiran menggunakan aplikasi komputer seperti Microsoft Office, Paint, Pengenalan Web, Dashboard Komuniti dan Etika penggunaan Internet dengan betul. Adik Haifa juga sering mengikuti pelbagai jenis pertandingan melibatkan ICT seperti menaip pantas, kuiz online dan juga sebagainya. Kelas-kelas yang telah diikuti oleh beliau banyak membantu beliau dalam meningkatkan kemahiran serta menguasai asas kemahiran penggunaan Komputer. Selain itu, adik Haifa juga  banyak membantu rakan-rakan beliau yang lain ketika mengikuti kelas di Pusat Internet.

 

 HAIFA

 

KLIK VIDEO DI SINI