USAHAWAN KECIL PENIAGA MAKANAN (MRC CAFE) & PENTERNAK ITIK

NAMA  : AZLINDA BINTI DAUD
UMUR  : 43 TAHUN
AHLI  : 15 OKTOBER 2018

 

Latar belakang

Puan Azlinda, 43 tahun, merupakan seorang usahawan yang telah menjual pelbagai jenis makanan seperti mee udang talam, dan pelbagai jenis ‘western food’ di rumah beliau dan menjalankan penternakan ayam dan itik secara kecil-kecilan. Puan Azlinda mula menggunakan internet untuk mempromosikan perniaagaan beliau di dalam Facebook dan juga Whatsapp. Bagi beliau, Internet merupakan salah satu medium sumber rezeki kepada beliau. Beliau juga merupakan seorang yang cepat belajar, mudah memahami dan tidak mudah putus asa. Bagi beliau usia bukan penghalang untuk menimba ilmu pengetahuan.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum melibatkan diri dengan aktiviti PI, Puan Azlinda selalu mengalami masalah untuk memuatnaik produk ke dalam medium jualan atas talian kerana capaian internet yang rendah. Puan Azlinda juga kurang mahir menggunakan computer dan internet kerana kurang pendedahan kepada pembelajaran asas-asas komputer. Selain itu, beliau juga tidak tahu tentang penggunaan software yang terdapat dalam computer dan web platform penjualan online yang ada.Selain dari itu, beliau juga mengalami kesukaran untuk mencetak, binding dan melaminate hasil kerja beliau untuk promosi perniagaan beliau.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas menyertai kelas ICT di Pusat Internet, Pn. Azlinda kini telah mempelajari cara penggunaan dan penjagaan computer dengan betul. Beliau juga telah mempelajari cara menggunakan internet sebagai medium pemasaran dan iklan produk melalui My Shop dan juga beberapa platform jual beli atas talian serta media sosial. Selain itu beliau juga telah mempelajari etika penggunaan internet dengan betul serta kepentingan Klik Dengan Bijak. Selain itu, capaian pelanggan beliau semakin bertambah meluas dengan adanya capaian internet berkelajuan tinggi dan kepelbagaian promosi atas talian. Beliau juga mula menggunakan Dashboard My Shop dalam memasarkan produk beliau selain dari menggunakan Facebook, Whatsapp dan Wechat. Beliau juga mendapat bantuan daripada petugas-petugas PI untuk mempromosikan produk beliau. Puan Azlinda juga semakin mahir dalam menggunakan aplikasi yang terdapat di dalam computer seperti Microsoft dan Paint. Beliau juga semakin mahir dalam mempromosikan produk-produk beliau.

 

54518831 2065721746798514 3053026667128684544 n

KLIK VIDEO DI SINI