USAHAWAN KECIL MENJUAL KEK, ROTI & PELBAGAI PRODUK ONLINE

NAMA  : IRA NURHAIRUL RIZA BINTI BAKRI
UMUR  : 30 TAHUN
AHLI  : 11 OKTOBER 2018

 

Latar belakang

Puan Ira Nurhairul Riza Bakri, 30 tahun,suri rumah sepenuh masa, merupakan seorang usahawan yang telah menjual pelbagai jenis produk secara online. Beliau juga merupakan seorang usahawan tempatan yang menjual kuih muih, kek serta roti. Perniagaan beliau telah beroperasi sejak 5 tahun yang lalu. Beliau mula berniaga secara kecil-kecilan di rumah dan juga atas talian. Bagi beliau, Internet merupakan salah satu medium sumber rezeki kepada beliau. Beliau juga merupakan seorang yang cepat belajar, mudah memahami dan tidak mudah putus asa. Bagi beliau usia bukan penghalang untuk menimba ilmu pengetahuan.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum melibatkan diri dengan aktiviti PI, Puan Ira selalu mengalami masalah untuk memuatnaik produk ke dalam medium jualan atas talian kerana capaian internet yang rendah. Beliau juga sukar untuk mencari maklumat untuk perniagaan beliau.Selain dari itu, beliau juga mengalami kesukaran untuk mencetak, binding dan melaminate hasil kerja beliau untuk promosi perniagaan beliau.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas Puan Ira menglibatkan diri dengan aktiviti PI, capaian pelanggan beliau semakin bertambah meluas dengan adanya capaian internet berkelajuan tinggi. Beliau juga mula menggunakan Dashbouard My Shop dalam memasarkan produk beliau selain dari menggunakan Facebook, Whatsapp dan Wechat. Beliau juga akan berkunjung ke pusat Internet untuk mempromosikan kek dan roti hasil tangan beliau sendiri. Beliau juga mendapat bantuan daripada petugas-petugas PI. Puan Ira juga semakin mahir dalam menggunakan aplikasi yang terdapat di dalam computer seperti Microsoft dan Paint. Beliau juga semakin mahir dalam mempromosikan produk-produk beliau.

 

FB IMG 1536374878702-2

KLIK VIDEO DI SINI