BELAJAR ASAS KOMPUTER, INTERNET, KDB DAN DASHBOARD KOMUNITI

NAMA  : ARRIF HAKIM BIN HAMDAN
UMUR  : 14 TAHUN
AHLI  : 1 OKTOBER 2018

 

Latar belakang

Adik Hakim merupakan seorang pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Gedong berumur 14 tahun. Beliau telah menyertai Pusat Internet Kg Gedong sebagai ahli sejak Pusat Internet Kg Gedong dibuka pada tahun 2015. Adik Hakim merupakan seorang yang rajin mengikuti kelas dan cepat memahami langkah-langkah kerja yang di ajar ketika kelas pembelajaran dijalankan.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum melibatkan diri dengan aktiviti Pusat Internet Kg Gedong, adik Hakim kurang mendapat pendedahan mengenai asas penggunaan dan penjagaan komputer. Selain itu, beliau juga kurang mengetahui tentang pelbagai jenis penipuan yang terdapat di alam siber dan etika penggunaan Internet yang betul. Adik Hakim juga kurang kemahiran dalam penggunaan aplikasi-aplikasi dan ‘software’ yang terdapat di dalam komputer.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Adik Hakim kini mempunyai asas kemahiran menggunakan aplikasi komputer seperti Microsoft Office, Paint, Pengenalan Web, Dashboard Komuniti dan Etika penggunaan Internet dengan betul. Adik Hakim juga sering mengikuti pelbagai jenis pertandingan melibatkan ICT seperti menaip pantas, kuiz online dan juga sebagainya. Kelas-kelas yang telah diikuti oleh beliau banyak membantu beliau dalam meningkatkan kemahiran serta menguasai asas kemahiran penggunaan Komputer. Selain itu, adik Hakim juga  banyak membantu rakan-rakan beliau yang lain ketika mengikuti kelas di Pusat Internet.

 

HAKIM

KLIK VIDEO DI SINI