USAHAWAN KECIL PERTANIAN & PELBAGAI PRODUK ONLINE

NAMA  : HAMSIAH BINTI BOLHI
UMUR  : 42 TAHUN
AHLI  : 11 OKTOBER 2018

 

Latar belakang

Puan Hamsiah, 42 tahun, merupakan seorang seorang surirumah sepenuh masa yang menjadikan perniagaan dan keusahawanan sebagai punca pendapatan sampingan secara kecil-kecilan. Puan Hamsiah mula menggunakan internet untuk mempromosikan perniaagaan beliau di dalam Facebook dan juga Whatsapp. Bagi beliau, Internet merupakan salah satu medium sumber rezeki kepada beliau. Beliau juga merupakan seorang yang cepat belajar, mudah memahami dan tidak mudah putus asa. Walaupun sudah mencecah usia 40-an, tekad dan keinginan beliau untuk menimba ilmu keusahawanan adalah mengagumkan.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum melibatkan diri dengan aktiviti PI, Puan Hamsiah selalu mengalami masalah untuk memuatnaik produk ke dalam medium jualan atas talian kerana capaian internet yang rendah. Beliau juga kurang mahir menggunakan computer dan internet kerana kurang pendedahan kepada pembelajaran asas-asas komputer. Selain itu, beliau juga tidak tahu tentang penggunaan software yang terdapat dalam computer dan web platform penjualan online yang ada.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas menyertai kelas ICT di Pusat Internet, Pn. Hamsiah kini telah mempelajari cara penggunaan dan penjagaan computer dengan betul. Beliau juga telah mempelajari cara menggunakan internet sebagai medium pemasaran dan iklan produk melalui My Shop dan juga beberapa platform jual beli atas talian serta media sosial. Selain itu beliau juga telah mempelajari etika penggunaan internet dengan betul serta kepentingan Klik Dengan Bijak

Selain itu, capaian pelanggan beliau semakin bertambah meluas dengan adanya capaian internet berkelajuan tinggi dan kepelbagaian promosi atas talian. Beliau juga mula menggunakan Dashboard My Shop dalam memasarkan produk beliau selain dari menggunakan Facebook dan whatsapp. Beliau juga mendapat bantuan daripada petugas-petugas PI untuk mempromosikan produk beliau. Puan Hamsiah juga semakin mahir dalam menggunakan aplikasi yang terdapat di dalam computer seperti Microsoft Word dan web carian seperti Google.

 

IMG 20190629 111947

KLIK VIDEO DI SINI