NAMA  : ROHAYU BINTI AHMAD
UMUR  : 45 TAHUN
AHLI  : 11 JANUARI 2019

 

Latar belakang

Rohayu Binti Ahmad merupakan seorang usahawan yang Berjaya. Beliau telah menceburi diri dalam bidang pembuatan kek sejak tahun 2014 lagi. Beliau dahulu, hanya memulakan perniagaan secara kecil-kecilan di rumah tetapi berkat usaha beliau, beliau kini memiliki sebuah kedai kek iaitu Sri Ayu Enterprise yang terletak berhadapan rumah beliau. Beliau meneruskan bidang perniagaan ini kerana minat yang mendalam dalam membuat pelbagai jenis kek dan biskut.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau sebelum mengenali Pusat Internet, beliau masih belum mahir menggunakan computer. Beliau tidak tahu cara membuat promosi dan pengiklanan produk beliau. Pendapatan beliau juga hanya sekitar RM500 - RM800 sebulan. Jadi, beliau mengambil inisiatif untuk mempelajari ICT secara PERCUMA di PI Kampung Gedong bagi meningkatkan pengetahuan ICT beliau dengan hanya mendaftar sebagai ahli PI Kampung Gedong.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Berkat kerajinan beliau mengikuti kelas ICT yang dianjurkan oleh PI Kampung Gedong, beliau kini menjadi semakin mahir menggunakan computer. Bukan setakat itu, pendapatan beliau juga semakin bertambah sekitar RM1200 – RM1500 sebulan. Beliau juga sudah mempunyai akaun FB Page untuk produk beliau iaitu Sri Ayu Enterprise. Apabila tibanya perayaan, pendapatan beliau akan berlipat ganda daripada biasa kerana banyak tempahan yang beliau terima di sekitar Sarawak, Semenanjung dan juga Brunei.

FB IMG 1577677428135