NAMA  : YANTY BINTI SAPUDIN
UMUR  : 40 TAHUN
AHLI  : 24 FEBRUARI 2019

 

Latar belakang

Puan Yanty Binti Sapudin, 43 tahun, merupakan seorang usahawan yang menjual pelbagai jenis makanan berasaskan udang seperti tomyam udang, mee udang, udang masak merah dan pelbagai jenis ‘fast food’. Beliau turut menjual bakso, sup tulang, char kueh tiaw dan pelbagai pilihan nasi lemak seperti nasi lemak sambal sotong, nasi lemak rendang daging dan nasi lemak ayam crispy. Beliau mula menggunakan internet untuk mempromosikan perniagaan beliau di dalam Facebook dan juga Whatsapp. Bagi beliau, Internet merupakan salah satu medium sumber rezeki kepada beliau.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum melibatkan diri dengan aktiviti PI, beliau mengalami masalah menggunakan computer dan internet. Ini kerana kurang pendedahan kepada pembelajaran asas-asas computer. Selain itu, beliau juga tidak tahu tentang penggunaan software yang terdapat dalam computer dan web platform penjualan online yang ada. Sebelum ini, pendapatan beliau cuma sekitar RM500-Rm800 sebulan.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas menyertai kelas ICT di Pusat Internet, Pn. Yanty kini telah mahir menggunakan computer. Beliau juga telah mempelajari cara menggunakan internet sebagai medium pemasaran dan iklan produk melalui My Shop dan Facebook. Selain itu, capaian internet dapat digunakan secara berkelajuan tinggi. Beliau juga semakin mahir dalam menggunakan aplikasi yang terdapat di dalam computer seperti Microsoft Office dan Multimedia. Kini, pendapatan beliau sebulan sekitar RM1200-RM1500 sebulan.

IMG-20191230-WA0005