NAMA  : YANORAHUDA BINTI SAPUDIN
UMUR  : 27 TAHUN
AHLI  : 2018

 

Latar belakang

Yanorahuda binti Sapudin, merupakan seorang surirumah sepenuh masa yang menjalankan perniagaan menjual pelbagai produk kecantikan secara atas talian dan jualan terus dari rumah ke rumah. Beliau bermula menjual produk secara kecil-kecilan dan sekarang beliau telah berjaya mengembangkan perniagaannya secara atas talian dan memperoleh banyak pelanggan. Beliau juga kini, menceburi diri dalam bidang solekan. Beliau mengikuti pelbagai kursus kecantikan dan mula mengembangkan perniagaannya dengan membuka kelas solekan. Beliau juga menerima pelbagai tempahan dari komuniti setempat yang memerlukan perkhidmatan solekan dari beliau

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum melibatkan diri dengan aktiviti PI Gedong, Puan Yanorahuda tidak tahu cara penggunaan komputer serta menggunakan aplikasi komputer yang sedia ada. Beliau hanya tahu mempromosikan produk secara jualan terus sahaja. Apabila beliau menjinakkan diri dengan penggunaan Facebook, beliau dapat mempromosikan produk secara meluas lagi. Apabila mengikuti kelas di PI, beliau dipandu cara mempromosi produk beliau bukan sahaja di Facebook, tetapi melalui Whatsapp, Dashboard Komuniti (My Shop), Instagram dan Shopee. Sebelum ini, pendapatan beliau cuma sekitar RM500-Rm800 sebulan.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Berkat kerajinan beliau mengikuti kelas ICT yang dianjurkan oleh PI Kampung Gedong, beliau kini menjadi semakin mahir menggunakan computer. Bukan setakat itu, pendapatan beliau juga semakin bertambah sekitar RM1200 – RM1500 sebulan. Beliau juga sudah mempunyai akaun FB Page untuk produk beliau iaitu Sri Ayu Enterprise. Apabila tibanya perayaan, pendapatan beliau akan berlipat ganda daripada biasa kerana banyak tempahan yang beliau terima di sekitar Sarawak, Semenanjung dan juga Brunei.

IMG 20200404 093457