NAMA  : KATINI BINTI ATEM
UMUR  : 41 TAHUN
AHLI  : 2020

 

Latar belakang

Katini Binti Atem, 41 tahun merupakan seorang surirumah sepenuh masa yang menjalankan perniagaan menjual pelbagai produk kecantikan, emas secara online. Beliau juga kini, memiliki salon kecantikan di rumahnya dan beliau juga memberi ceramah mengenai kecantikan kepada para wanita dan mengajar mereka tentang cara merawat kulit muka dari segi dalaman mahupun luaran. Beliau juga turut membuat treatment/facial muka kepada para pelanggan kerana mempunyai sijil pengkhususan dalam bidang kecantikan. Beliau juga menyediakan tempahan solekan untuk sesiapa yang berminat.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum melibatkan diri dengan aktiviti PI, Puan Katini selalu mengalami masalah untuk memuatnaik produk ke dalam medium jualan atas talian kerana capaian internet yang rendah. Beliau juga kurang mahir menggunakan computer dan internet kerana kurang pendedahan kepada pembelajaran asas-asas komputer. Selain itu, beliau juga tidak tahu tentang penggunaan software yang terdapat dalam computer dan web platform penjualan online yang ada. Pendapatan beliau juga sekitar Rm500-Rm800 sebulan.

 

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas menyertai kelas ICT di Pusat Internet, Pn. Katini kini telah mempelajari cara penggunaan dan penjagaan computer dengan betul. Beliau juga telah mempelajari cara menggunakan internet sebagai medium pemasaran dan iklan produk melalui My Shop serta media sosial. Selain itu beliau juga telah mempelajari etika penggunaan internet dengan betul serta kepentingan Klik Dengan Bijak. Selain itu, capaian pelanggan beliau semakin bertambah meluas dengan adanya capaian internet berkelajuan tinggi dan kepelbagaian promosi atas talian.

IMG 20200404 100548