NAMA  : SITI NUR ARRISSYA BINTI ABDULLAH
UMUR  : 11 TAHUN
AHLI  : 2018

 

Latar belakang

Adik Arrissya merupakan seorang pelajar di Sekolah Kebangsaan Abang Kadir Gedong berumur 11 tahun. Beliau telah menyertai Pusat Internet Gedong sebagai ahli pada tahun 2018. Beliau merupakan seorang pelajar yang rajin mengikuti kelas dan cepat memahami langkah-langkah kerja yang di ajar ketika kelas pembelajaran dijalankan. Beliau merupakan seorang murid yang agak pemalu tetapi sangat rajin.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum melibatkan diri dengan aktiviti Pusat Internet Gedong, adik Arrissya kurang mendapat pendedahan mengenai asas penggunaan dan penjagaan komputer. Selain itu, beliau juga kurang mengetahui etika penggunaan Internet yang betul. Beliau juga tidak mengenali apa itu dashboard komuniti dan KDB dan kurang kemahiran dalam penggunaan aplikasi-aplikasi dan ‘software’ yang terdapat di dalam komputer.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Kini, beliau mempunyai asas kemahiran menggunakan aplikasi komputer seperti Microsoft Office, Multimedia, Pengenalan Web, Dashboard Komuniti dan Etika penggunaan Internet dengan betul. Beliau sering mengikuti pelbagai jenis pertandingan melibatkan ICT seperti menaip pantas, kuiz online, mewarna, jigsaw puzzle online dan juga sebagainya.

 IMG 20200404 103037