USAHAWAN PENTERNAKAN & PENJUALAN BARANGAN SINGER

NAMA  : ALHAM MAULANA BIN OBENG
UMUR  : 43 TAHUN
AHLI  : 4 OKTOBER 2018

 

Latar belakang

Encik Alham Maulana merupakan seorang usahawan dalam bidang penternakan. Beliau merupakan anak jati Kampung Gedong. Beliau memulakan perniagaan dalam bidang penternakan dengan menubuhkan syarikat kecil yang didaftarkan atas nama Syarikat Maulana Gedong. Syarikat Beliau telah mula beroperasi sejak tahun 2007 lagi sehingga kini 2018. Beliau menjadi pembekal lembu dan kambing bertaraf moden. Penduduk kampung dan orang-orang luar boleh membeli lembu dan kambing untuk majlis-majlis seperti perkahwinan, majlis rasmi dan paling utama adalah majlis korban pada hari raya haji. Selain bidang penternakan, beliau aktif dalam penjualan barangan SINGER. Beliau merupakan Ejen SINGER di Cawangan Serian.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum melibatkan diri dengan aktiviti PI Gedong, En Alham Maulana tidak tahu cara penggunaan komputer serta menggunakan aplikasi komputer yang sedia ada. Beliau hanya tahu mempromosikan produk secara jualan terus sahaja. Apabila beliau menjinakkan diri dengan penggunaan Facebook, beliau dapat mempromosikan produk secara meluas lagi. Apabila mengikuti kelas di PI, beliau dipandu cara mempromosi produk beliau bukan sahaja di Facebook, tetapi melalui Whatsapp, Dashboard Komuniti (My Shop), Instagram dan Shopee. Selain itu, beliau dipandu cara membuat transaksi banking secara online supaya memudahkan pelanggan membuat pembayaran.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas menyertai kelas ICT di Pusat Internet, beliau menjadi semakin mahir menggunakan komputer dan pendapatan beliau juga semakin bertambah. Perniagaan beliau juga semakin dikenali. Kini, perniagaan beliau kian meluas dan beliau banyak menerima tempahan di kawasan luar Gedong. Sempena hari Raya Haji yang tidak lama lagi, beliau mendapat permintaan tinggi daripada pelanggan yang ingin membeli lembu serta kambing untuk akikah dan Raya Haji. Ini adalah kerana kejayaan beliau dalam mempromosi dan membuat pengiklanan produk di Facebook dan media sosial yang lain. Malahan penjualan produk SINGER juga kian mendapat sambutan yang memberansangkan.

 

FB IMG 1594280667380