USAHAWAN SONGKET DAN KRAFTANGAN SARAWAK

NAMA  : RAMTINIWAITI BINTI RAMLEE
UMUR  : 34 TAHUN
AHLI  : 24 FEBRUARI 2019

 

Latar belakang

Cik Ramtiniwaiti binti Ramlee merupakan seorang usahawan muda yang menjalankan perniagaan songket dan juga kraftangan. Beliau telah menubuhkan syarikat dibawah naungan beliau iaitu Seri Gedong Songket. Beliau mula bertapak sejak tahun 2016 lagi. Beliau memulakan karier nya dengan belajar kraftangan di Kuching. Dengan minat yang mendalam terhadap penenunan songket, beliau mengorak langkah dengan menenun songket dan mula mengambil pekerja untuk memastikan Syarikat Seri Gedong Songket dapat berjalan lancar dan jayanya. Beliau seorang yang tegas dan sangat kreatif.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum melibatkan diri dengan aktiviti PI Gedong, Cik Ramtiniwaiti hanya mengetahui asas-asas komputer. Untuk mempromosikan produk beliau, beliau hanya menggunakan medium tertentu untuk menjual songket beliau. Beliau belum mengetahui dashboard komuniti dimana beliau boleh mempromosikan produk beliau. Beliau juga hanya menggunakan media sosial untuk mempromosi produk beliau. Beliau tidak mengetahui kemudahan di PI Kampung Gedong seperti Pembelajaran ICT dan Keusahawanan PERCUMA kepada sesiapa yang berdaftar sebagai ahli PI. Selain kelajuan internet yang tinggi, beliau boleh menggunakan perkhidmatan lain seperti printing, laminating, binding dan banyak lagi. Sebelum ini, pendapatan beliau sekitar RM3000-RM6000 untuk beberapa bulan.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas menyertai kelas ICT di Pusat Internet, beliau menjadi semakin mahir menggunakan komputer dan pendapatan beliau juga semakin bertambah. Selain itu, produk beliau juga dapat dipasarkan di dashboard komuniti My Shop. Pendapatan beliau juga sekarang sekitar RM7000-RM10000 untuk beberapa bulan. Beliau kini, selalu menggunakan perkhidmatan di PI seperti mencetak gambar, fotostat dan kemudahan internet yang disediakan. Beliau juga pernah mengikuti pameran pada Hari bersama Komuniti PI Kg Gedong 2019. Beliau juga sering mengikuti kelas ICT dan Keusahawanan di PI Kampung Gedong. Walaupun terdapat kekangan masa, beliau tetap menghadirkan diri mengikuti kelas dan mempromosi produk beliau secara atas talian dengan menggunakan perkhidmatan internet di PI Gedong.

 

 IMG 20200714 163230