USAHAWAN TUDUNG, TUPPERWARE DAN PELBAGAI BARANGAN ONLINE

NAMA  : AZERIN AKMA BINTI ROSILAN
UMUR  : 23 TAHUN
AHLI  : 2020

 

Latar belakang

Azerin Akma, merupakan seorang suri rumah sepenuh masa yang menjalankan perniagaan menjual pelbagai produk secara atas talian dan jualan terus dari rumah ke rumah. Beliau bermula menjual produk secara kecil-kecilan dan sekarang beliau telah berjaya mengembangkan perniagaannya secara atas talian.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum Puan Azerin Akma menjadi ahli Pusat Internet Kampung Gedong, beliau hanya mengetahui asas computer sahaja. Beliau kurang berkemahiran dalam menggunakan medium perniagaan atas talian seperti Shopee, Yezza, My Shop (dashboard komuniti), dan medium perniagaan lain. Pendapatan beliau juga sekitar RM500-RM800 sebulan dengan capaian pelanggan yang terhad.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas menyertai kelas ICT di Pusat Internet, Puan Azerin semakin mahir menggunakan komputer dan pendapatan beliau juga semakin bertambah. Perniagaan beliau juga semakin berkembang dan mendapat liputan pelanggan yang lebih meluas dengan penggunaan medium perniagaan atas talian seperti Yezza dan Shoppe. Pelbagai produk yang dijual oleh beliau sentiasa mendapat sambutan yang menggalakkan daripada pelanggan terutama penduduk sekitar. Kini, pendapatan beliau sekitar RM1000-RM1200 sebulan.

IMG 20200904 150844