USAHAWAN TUDUNG, DAN PELBAGAI BARANGAN ONLINE

NAMA  : AZALINA BINTI BUANG
UMUR  : 34 TAHUN
AHLI  : 2020

 

Latar belakang

Azalina binti Buang, merupakan seorang suri rumah sepenuh masa yang menjalankan perniagaan menjual pelbagai produk secara atas talian dan jualan terus dari rumah ke rumah. Beliau bermula menjual produk secara kecil-kecilan dan sekarang beliau telah berjaya mengembangkan perniagaannya secara atas talian dan memperoleh banyak pelanggan.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Puan Azalina binti Buang sebelum menjadi ahli Pusat Internet Kampung Gedong, beliau hanya mengetahui asas computer sahaja. Beliau kurang berkemahiran dalam menggunakan laman web seperti Shopee, Yezza, My Shop (dashboard komuniti), dan medium perniagaan lain. Pendapatan beliau juga sekitar RM500-RM800 sebulan.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas menyertai kelas ICT di Pusat Internet, Puan Azalina semakin mahir menggunakan komputer dan pendapatan beliau juga semakin bertambah. Perniagaan beliau juga semakin dikenali. Pelbagai produk yang dijual oleh beliau sentiasa mendapat sambutan yang menggalakkan daripada pelanggan terutama penduduk sekitar. Kini, pendapatan beliau sekitar RM1000-RM1200 sebulan.

 

FB IMG 1600306999955