USAHAWAN ONLINE MENJUAL PELBAGAI BARANGAN TUPPERWARE 

NAMA  : DYG NOOR IZZATI BINTI ABANG MAHMUD
UMUR  : 22 TAHUN
AHLI  : 2019

 

Latar belakang

Dyg Noor Izzati binti Abang Mahmud, merupakan seorang guru tahfiz yang turut menjalankan perniagaan menjual pelbagai produk secara atas talian dan jualan terus dari rumah ke rumah iaitu barangan jenama tupperware. Beliau bermula menjual produk secara kecil-kecilan dan sekarang beliau telah berjaya mengembangkan perniagaannya secara atas talian dan memperoleh banyak pelanggan. Beliau juga turut memiliki kedai sendiri yang dinamakan "Home Tupperware".

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Puan Dyg Noor Izzati binti Abang Mahmud sebelum menjadi ahli Pusat Internet Kampung Gedong, beliau hanya mengetahui asas computer sahaja. Beliau kurang berkemahiran dalam menggunakan laman web seperti Shopee, Yezza, My Shop (dashboard komuniti), dan medium perniagaan lain. Beliau juga hanya mengetahui asas Microsoft Office sahaja. Pendapatan beliau juga sekitar RM800-RM1000 sebulan.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas menyertai kelas ICT di Pusat Internet, Puan Dyg Noor Izzati semakin mahir menggunakan komputer dan pendapatan beliau juga semakin bertambah. Jualan produk beliau kian melonjak naik dan mendapat sambutan yang cukup memberansangkan daripada komuniti setempat. Kini, pendapatan beliau sekitar RM1200-RM1500 sebulan. Beliau turut menerima banyak anugerah di atas pencapaiannya dalam perniagaan tupperware.

 

facebook 1606100256300 6736472729402493721