USAHAWAN ONLINE MENJUAL PELBAGAI BARANGAN MUSLIMAH

NAMA  : MOHD AMIRRUL ARDHA BIN SALLEH
UMUR  : 28 TAHUN
AHLI  : 2019

 

Latar belakang

Mohd Amirrul Ardha merupakan seorang belia yang turut menjalankan perniagaan menjual pelbagai produk secara atas talian dan jualan terus dari rumah ke rumah iaitu barangan muslimah seperti tudung, pin dan macam-macam lagi aksesori wanita. Beliau bermula menjual produk secara kecil-kecilan dan sekarang beliau telah berjaya mengembangkan perniagaannya secara atas talian dan memperoleh banyak pelanggan. Kebanyakan pelanggan beliau terdiri daripada komuniti Kampung Gedong.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum menjadi ahli Pusat Internet Kampung Gedong, Mohd Amirrul Ardha hanya mengetahui asas computer sahaja. Beliau kurang berkemahiran dalam menggunakan laman web seperti Shopee, Yezza, My Shop (dashboard komuniti), dan medium perniagaan lain. Beliau juga hanya menjual melalui facebook dan whatsaap sahaja. Beliau masih belum mahir mempromosi produk menggunakan facebook page dan medium lain. Pendapatan beliau juga sekitar RM500-RM800 sebulan.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas menyertai kelas ICT di Pusat Internet, beliau menjadi semakin mahir menggunakan komputer dan pendapatan beliau juga semakin bertambah. Beliau sudah pandai menggunakan medium perniagaan lain seperti yezza, shopee dan facebook page. Kini, pendapatan beliau sekitar RM800-RM1200 sebulan. Perniagaan beliau semakin dikenali dan beliau bergiat aktif mempromosi produknya dalam yezza. Beliau turut menggunakan khidmat runner untuk menghantar tempahan pelanggan beliau. 

 

 IMG-20200822-WA0012