LAPORAN DISEMBER
TARIKH |
: 20 DISEMBER 2019 |
MASA |
: 9.00 PAGI - 12.00 TENGAHARI |
LOKASI |
: PUSAT INTERNET KAMPUNG GEDONG |
PESERTA |
: SEKOLAH RENDAH (10 ORANG) |
Tujuan
Meningkatkan pengetahuan ICT para peserta terutamanya dalam permainan pendidikan iaitu Jigsaw Puzzle Online. Peserta diuji kemahiran menyelesaikan masalah dimana mereka perlu mencantum kepingan puzzle menjadi satu imej yang lengkap. Menguji kecekapan dan kepantasan para peserta.
Aktiviti
Peserta diberitahu kaedah untuk membuka perisian komputer, dipandu cara bermain puzzle menggunakan link jigsaw puzzle yang diberitahu oleh petugas. Para peserta mendengar setiap arahan yang diberikan oleh petugas. Peserta memulakan aktiviti tersebut secara individu.
TARIKH |
: 19 DISEMBER 2019 |
MASA |
: 9.00 PAGI - 12.00 TENGAHARI |
LOKASI |
: DEWAN MASYARAKAT PERINTAH GEDONG |
PESERTA |
: TERBUKA (28 ORANG) |
Tujuan
Memperkenalkan MYTV dan memberi penerangan lebih terperinci kepada peserta tentang MYTV dan untuk menikmati siaran digital, peserta perlu mendapatkan alat penerima, iaitu dekoder DVB-T2 atau digital (IDTV) yang dilengkapi dengan penala digital (digital tuner).
Aktiviti
Petugas mengedarkan flyers MYTV kepada peserta sebagai rujukan. Peserta boleh mendapatkan siaran tv digital myFreeview tanpa yuran bulanan. Petugas memberi sedikit taklimat kepada peserta serta info berkenaan MYTV. Petugas menjawab soalan yang dikemukakan peserta tentang MYTV.
TARIKH |
: 17 DISEMBER 2019 |
MASA |
: 2.00 PETANG - 5.00 PETANG |
LOKASI |
: PUSAT INTERNET KAMPUNG GEDONG |
PESERTA |
: SEK RENDAH (12 ORANG) |
Tujuan
Menguji kemahiran mewarna para peserta sekaligus menarik minat para peserta mengikuti aktiviti yang dianjurkan di PI Gedong. Selain itu, menambah pengetahuan peserta dalam pendidikan.
Aktiviti
Peserta diperkenalkan dengan laman web coloring. Petugas memberi galakan kepada peserta untuk bermain permainan yang berkaitan dengan pendidikan seperti mewarna online.
TARIKH |
: 18 DISEMBER 2019 |
MASA |
: 9.00 PAGI - 12.00 TENGAHARI |
LOKASI |
: PUSAT INTERNET KAMPUNG GEDONG |
PESERTA |
: DEWASA (10 ORANG) |
Tujuan
Memperkenalkan MYTV kepada para peserta iaitu siaran tv digital, dimana kerajaan sedang dalam proses memindahkan sistem penyiaran analog yang sedia ada. Memberi penerangan lebih terperinci kepada peserta tentang MYTV dan untuk menikmati siaran digital, peserta perlu mendapatkan alat penerima, iaitu dekoder DVB-T2 atau digital (IDTV) yang dilengkapi dengan penala digital (digital tuner).
Aktiviti
Petugas memberi penerangan berkenaan MYTV dan fungsinya kepada peserta seperti yang disyorkan oleh SKMM. Sesi soal jawab antara petugas dan peserta turut dijalankan. Petugas mengedarkan flyers MYTV kepada peserta sebagai rujukan. Peserta boleh mendapatkan siaran tv digital myFreeview tanpa yuran bulanan.
LAPORAN DISEMBER
TARIKH |
: 15 DISEMBER 2019 |
MASA |
: 9.00 PAGI - 12.00 TENGAHARI |
LOKASI |
: SURAU KAMPUNG GEDONG |
PESERTA |
: TERBUKA (32 ORANG) |
Tujuan
Meningkatkan pengetahuan ICT peserta serta memberi tips keselamatan penggunaan internet kepada peserta. Peserta akan lebih bijak ketika menggunakan internet. Menarik minat peserta pergi ke PI Kampung Gedong.
Aktiviti
Peserta diberi penerangan oleh petugas berkenaan klik dengan bijak. Petugas menasihati peserta supaya menggunakan internet secara bijak. Akhir sekali, kuiz KDB dibuat kepada para peserta yang mengikuti program tersebut.