LAPORAN OKTOBER
TARIKH |
: 22 OKTOBER 2024 |
MASA |
: 9.30 PAGI - 11.30 PAGI |
LOKASI |
: NADI KAMPUNG GEDONG |
PESERTA |
: 6 ORANG |
Tujuan
Mempromosikan NADI Kampung Gedong serta menambah keahlian NADI Kampung Gedong sedia ada. Menarik minat para belia mengikuti kelas yang dianjurkan di NADI Kampung Gedong. Menambah pengetahuan asas ICT para peserta dalam penggunaan Microsoft Office Word. Memberi bimbingan dan tunjuk ajar kepada para peserta membuat surat rasmi mengikut format yang betul. Mengajar peserta menggunakan Microsoft office serta mengetahui fungsinya. Peserta mempelajari penggunaan perisian Microsoft Word, kemahiran penting untuk era digital. Melalui latihan ini, peserta akan lebih mahir dalam menyusun surat rasmi yang kemas dan profesional.
Aktiviti
Petugas memberi penerangan kepada para peserta cara menggunakan Microsoft Office Word mengikut langkah-langkah yang diberikan. Petugas menyediakan modul pembelajaran kepada para peserta sebagai rujukan untuk membuat latihan. Seterusnya, petugas akan memberi arahan dan memberi penerangan cara menggunakan Microsoft Office Word. Peserta membuat Surat Rasmi mengikut buku modul pembelajaran yang diberi. Peserta lebih yakin dalam menghadapi tugasan berkaitan komunikasi rasmi. Kemahiran menulis surat rasmi membantu persediaan menghadapi dunia pekerjaan dan urusan rasmi.
LAPORAN OKTOBER
TARIKH |
: 11 OKTOBER 2024 |
MASA |
: 9.30 PAGI - 11.30 PAGI |
LOKASI |
: NADI KAMPUNG GEDONG |
PESERTA |
: 11 ORANG |
Tujuan
Kelas Mewarna Digital bersama Tabika Kemas Kampung Lalang Tengah B di NADI Kampung Gedong bertujuan untuk memperkenalkan kanak-kanak kepada teknologi digital melalui aktiviti kreatif. Memperkenalkan Teknologi Digital, mengajar kanak-kanak asas penggunaan peranti digital seperti tablet atau komputer dalam suasana pembelajaran kreatif. Meningkatkan kreativiti kanak-kanak melalui aktiviti mewarna secara digital. Membantu kanak-kanak membina kemahiran motor halus melalui interaksi dengan skrin sentuh atau tetikus.
Aktiviti
Pengenalan kepada Aplikasi Mewarna Digital. Kanak-kanak diperkenalkan kepada aplikasi mewarna yang sesuai untuk usia mereka. Sesi Mewarna Digital, kanak-kanak akan mewarna gambar menggunakan alat digital seperti tablet atau komputer. Hasil kerja mewarna dipaparkan atau diberikan kepada mereka sebagai motivasi. Program ini menggabungkan keseronokan dan pembelajaran teknologi dalam suasana yang interaktif dan menyeronokkan.
LAPORAN OKTOBER
TARIKH |
: 11 OKTOBER 2024 |
MASA |
: 9.00 PAGI - 12.00 TENGAHARI |
LOKASI |
: NADI KAMPUNG GEDONG |
PESERTA |
: 6 ORANG |
Tujuan
Kelas Menaip Artikel Menggunakan Microsoft Word di NADI Kampung Gedong untuk peserta PPKI/OKU di Sekolah Abang Kadir Gedong adalah inisiatif bertujuan untuk memperkasakan pelajar berkeperluan khas (PPKI/OKU) dengan kemahiran asas menaip dan menggunakan perisian Microsoft Word. Meningkatkan kemahiran literasi digital dalam kalangan peserta PPKI/OKU. Memastikan mereka lebih bersedia menggunakan teknologi untuk pembelajaran dan tugasan harian, serta memperkasa mereka dengan kemahiran yang relevan dalam kehidupan digital masa kini.
Aktiviti
Pengenalan kepada Microsoft Word iaitu Asas antaramuka perisian Microsoft Word. Fungsi utama seperti membuat dokumen baru, menyimpan, dan membuka fail. Sesi praktikal menaip artikel ringkas, termasuk cara menambah tajuk, perenggan, dan format teks (bold, italic, underline). Peserta diajar cara menyunting teks, seperti memotong, menyalin, dan menampal (cut, copy, paste), serta menggunakan alat pemeriksaan ejaan dan tatabahasa. Latihan akhir di mana peserta akan menaip artikel pendek, menyimpan dokumen, dan berkongsi hasil kerja dengan petugas NADI.
LAPORAN OKTOBER
TARIKH |
: 5 OKTOBER 2024 |
MASA |
: 9.30 PAGI - 3.30 PETANG |
LOKASI |
: NADI KAMPUNG GEDONG |
PESERTA |
: 60 ORANG |
Tujuan
Pemeriksaan Kesihatan Bergerak NKF LifeCheck oleh Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan (NKF) adalah program yang bertujuan untuk menyediakan pemeriksaan kesihatan percuma kepada masyarakat, terutama yang tinggal di kawasan luar bandar seperti Kampung Gedong. Program ini dijalankan melalui unit bergerak yang menawarkan perkhidmatan kesihatan asas dengan fokus kepada pencegahan penyakit buah pinggang dan kesihatan keseluruhan. Meningkatkan Kesedaran Kesihatan. Pengesanan Awal Penyakit. Pencegahan Penyakit Buah Pinggang. Menyediakan Akses Kepada Pemeriksaan Kesihatan. Program ini memainkan peranan penting dalam memastikan kesedaran dan penjagaan kesihatan masyarakat, terutama dalam pencegahan penyakit buah pinggang dan penyakit tidak berjangkit lain yang boleh memberi kesan besar kepada kualiti hidup.
Aktiviti
Pemeriksaan Kesihatan Asas seperti pengukuran tekanan darah bagi mengesan tanda-tanda awal hipertensi. Pemeriksaan paras gula dalam darah untuk mengesan risiko atau kehadiran diabetes. Ujian kolesterol bagi menilai tahap kesihatan kardiovaskular. Pemeriksaan BMI (Indeks Jisim Badan) untuk menilai berat badan yang ideal berbanding ketinggian. Pemeriksaan Spesifik Buah Pinggang. Ujian urin untuk mengesan sebarang tanda masalah buah pinggang, seperti kehadiran protein atau darah dalam air kencing. Sesi perundingan bersama pegawai kesihatan untuk membincangkan hasil pemeriksaan dan memberikan nasihat perubatan serta langkah-langkah pencegahan penyakit. Bagi peserta yang menunjukkan tanda-tanda masalah kesihatan serius, rujukan akan diberikan kepada klinik atau hospital untuk pemeriksaan dan rawatan lanjut.
LAPORAN OKTOBER
TARIKH |
: 6 OKTOBER 2024 |
MASA |
: 2.00 PETANG - 5.00 PETANG |
LOKASI |
: NADI KAMPUNG GEDONG |
PESERTA |
: 1 ORANG |
Tujuan
Meningkatkan pengetahuan ICT para peserta dalam Keusahawanan dan CANVA. Peserta mempelajari cara membuat poster dengan menggunakan template design yang sedia ada di dalam canva. Peserta mempelajari cara mengubah tulisan serta memasukkan imej ke dalam poster tersebut. Meningkatkan pengetahuan multimedia dalam memasukkan imej dari google. Ini adalah program latihan yang memberi pendedahan kepada peserta tentang cara menggunakan aplikasi Canva untuk menghasilkan poster secara kreatif dan profesional.
Aktiviti
Penerangan mengenai fungsi Canva sebagai platform reka bentuk dalam talian. Pengenalan kepada antara muka dan alat-alat utama dalam Canva. Peserta diajar cara membuat poster dari awal, memilih templat, menambah teks, imej, grafik, dan elemen lain. Latihan hands-on menggunakan Canva di komputer atau peranti mudah alih. Pengajaran tentang cara menyunting elemen dalam poster dan menggunakan alat pengeditan seperti lapisan, warna, dan font untuk memperbaiki reka bentuk.