Laporan September - Pengenalan kepada Perkakasan Komputer serta fungsi, Pengenalan Web (E-Pembelajaran: Mewarna Digital) & Advokasi KDB (Pengenalan KDB: Hak & Tanggungjawab Warga Digital
Tarikh |
: 29 September 2018 |
Masa |
: 2.00 Petang – 5.00 Petang |
Lokasi |
: Pusat Internet Kampung Gedong |
Peserta |
: 7 orang |
Tujuan
Peserta diperkenalkan dengan perkakasan komputer dan komponen serta fungsi yang terdapat pada komputer. Selain itu mereka juga diberi pendedahan tentang asas laman web seperti google search dan mewarna Digital menggunakan “brush” paint. Para peserta juga diperkenalkan dengan Advokasi KDB iaitu Klik Dengan Bijak dimana peserta didedahkan dengan kebaikan dan keburukan sesuatu laman web disamping mendedahkan hak dan tanggungjawab sebagai pengguna. Akhir sekali, aktiviti ini merupakan salah satu cara untuk mempromosikan Pusat Internet Kg Gedong disamping memberi pendedahan terhadap penggunaan Internet dan perkakasan komputer.
Aktiviti
Sesi perkenalan antara petugas dan peserta dimulakan terlebih dahulu sebelum para peserta diberi penerangan mengenai kelebihan menjadi ahli PI Kampung Gedong dan aktiviti yang bakal diadakan di PI pada masa akan datang. Peserta diberi pendedahan asas perkakasan komputer serta fungsinya untuk memudahkan peserta memahami kegunaan setiap peralatan. Peserta juga diperkenalkan dengan Klik Dengan Bijak (KDB) dan peranan warga digital dan aktiviti diakhiri dengan sesi soal jawab di antara peserta dan petugas juga turut diadakan.
Klik Gambar Di Sini PENGENALAN PERKAKASAN KOMPUTER, KDB & E-PEMBELAJARAN