LAPORAN MEI
TARIKH |
: 19 MEI 2023 |
MASA |
: 2.00 PETANG - 5.00 PETANG |
LOKASI |
: PEDi KAMPUNG GEDONG |
PESERTA |
: PELAJAR SEKOLAH |
Tujuan
Meningkatkan kemahiran ICT para peserta terutamanya dalam penggunaan komputer. Peserta mempelajari asas keusahawanan dan mempelajari cara membuat sticker produk. Meningkatkan daya kreativiti para peserta sekaligus meningkatkan kemahiran berfikir para peserta dalam menghasilkan sesuatu imej produk yang menarik.
Aktiviti
Para peserta diberi penerangan mengenai kelebihan menjadi ahli PEDi Kampung Gedong dan aktiviti yang bakal diadakan di PEDi pada masa akan datang. Peserta diberi pendedahan asas komputer dan pengenalan software kepada peserta sebagai rujukan untuk peserta membuat suntingan sticker produk. Selain itu, peserta mempelajari asas multimedia.
LAPORAN MEI
TARIKH |
: 23 MEI 2023 |
MASA |
: 2.00 PETANG - 5.00 PETANG |
LOKASI |
: PEDi KAMPUNG GEDONG |
PESERTA |
: USAHAWAN GEDONG |
Tujuan
Kelas ini diadakan bertujuan untuk memberi tunjuk ajar kepada para peserta tentang kepentingan mempelajari asas keusahawanan. Dengan mempelajari tentang keusahawanan sekaligus dapat menarik minat peserta untuk menceburi diri dalam bidang keusahawanan. Peserta dapat mempelajari asas Shopee, cara membuka akaun Shopee dan belajar cara menggunakan akaun Shopee tersebut.
Aktiviti
Para peserta mempelajari asas keusahawanan dan diberi tunjuk ajar cara menggunakan Shopee. Modul Shopee dan video penerangan disediakan oleh petugas bagi rujukan para peserta. Peserta dipandu cara menggunakan Shopee mengikut video yang ditunjukkan oleh petugas dan peserta diminta membuka akaun shopee secara individu. Soal jawab antara petugas dan peserta turut dijalankan.
LAPORAN MEI
TARIKH |
: 26 MEI 2023 |
MASA |
: 2.00 PETANG - 5.00 PETANG |
LOKASI |
: PEDi KAMPUNG GEDONG |
PESERTA |
: PELAJAR SEKOLAH |
Tujuan
Memberi pendedahan tentang asas Microsoft Office Word dan mempelajari komponen dalam perisian tersebut. Meningkatkan kemahiran menaip para peserta. Para peserta dapat menguasai cara menggunakan papan kekunci dan dapat menaip artikel mengikut format yang betul. Meningkatkan pengetahuan dalam ICT tentang faedah penggunaan komputer.
Aktiviti
Petugas menyediakan modul dan memberi penerangan tentang Microsoft Office Word serta sesi soal jawab di antara peserta dan petugas juga turut diadakan. Peserta diuji secara individu menaip dengan latihan yang diberikan mengikut masa yang telah ditetapkan. Hasil kerja yang telah siap akan dinilai oleh petugas PEDi Gedong.
LAPORAN MEI
TARIKH |
: 10 DAN 11 MEI 2023 |
MASA |
: 2.00 PETANG - 5.00 PETANG |
LOKASI |
: PEDi KAMPUNG GEDONG |
PESERTA |
: BELIA DAN WANITA |
Tujuan
Memberi pendedahan tentang asas pembangunan web. Meningkatkan tahap penguasaan & pendedahan computer. Mempromosikan aktiviti di PEDi Kampung Gedong yang bakal diadakan kepada peserta. Memupuk minat peserta agar sentiasa mengikuti kelas di PEDi Kampung Gedong.
Aktiviti
Peserta diperkenalkan dengan facebook page. Pendaftaran akaun facebook page. Mempromosi produk secara atas talian di laman web Facebook Page. Meningkatkan kemahiran keusahawanan peserta. Mempromosikan PEDI Kg Gedong di samping menerapkan tips-tips penggunaan computer dengan betul kepada peserta.
LAPORAN MEI
TARIKH |
: 12 MEI 2023 |
MASA |
: 2 petang – 5 petang |
LOKASI |
: PEDi KAMPUNG GEDONG |
PESERTA |
: PELAJAR SEKOLAH |
Tujuan
Peserta diberitahu kaedah untuk membuka perisian di dalam computer. Menguji kemahiran peserta menggunakan aplikasi Microsoft Word. Peserta diuji secara individu menaip dengan latihan yang diberikan mengikut masa yang telah ditetapkan.
Aktiviti
Para peserta diberi penerangan mengenai kelebihan menjadi ahli PEDI Kampung Gedong dan aktiviti yang bakal diadakan di PEDI pada masa akan datang. Peserta diberi pendedahan asas perkakasan komputer serta fungsinya. untuk pengetahuan peserta.