LAPORAN NOVEMBER
TARIKH |
: 6 NOVEMBER 2023 |
MASA |
: 2.00 PETANG - 5.00 PETANG |
LOKASI |
: PEDi KAMPUNG GEDONG |
PESERTA |
: BELIA |
Tujuan
Meningkatkan pengetahuan ICT para peserta dalam Keusahawanan dan CANVA. Peserta mempelajari cara membuat poster dengan menggunakan template design yang sedia ada di dalam canva. Peserta mempelajari cara mengubah tulisan serta memasukkan imej ke dalam poster tersebut. Meningkatkan pengetahuan multimedia dalam memasukkan imej dari google.
Aktiviti
Petugas memulakan kelas dengan sesi penerangan kepada peserta berkenaan asas keusahawanan serta cara-cara menjadi usahawan yang berjaya. Seterusnya, petugas menyediakan slaid pembentangan berkenaan CANVA. Peserta melihat cara penggunaan CANVA langkah demi langkah sebelum membuat poster.
LAPORAN NOVEMBER
TARIKH |
: 4 NOVEMBER 2023 |
MASA |
: 2.00 PETANG - 5.00 PETANG |
LOKASI |
: PEDi KAMPUNG GEDONG |
PESERTA |
: USAHAWAN GEDONG |
Tujuan
Membantu para usahawan mendaftar secara atas talian CIDB dan mengikuti kursus yang dianjurkan CIDB. Ia sekaligus membantu usahawan yang baru menceburi diri dalam bidang perniagaan. Meningkatkan pengetahuan ICT para peserta. Menarik minat para usahawan berkunjung ke PEDi Kampung Gedong. Mempelajari cara memasukkan dokumen yang diperlukan ke dalam laman web CIDB.
Aktiviti
Para peserta diberi penerangan mengenai kelebihan menjadi ahli PEDi Kampung Gedong dan aktiviti yang bakal diadakan di PEDi pada masa akan datang. Peserta diberi pendedahan asas keusahawanan dan asas ICT. Mempelajari cara membuat permohonan lesen kontraktor CIDB dan ujian untuk mendapatkan permit tersebut. Mengemaskini maklumat CIDB yang diperlukan.
LAPORAN DISEMBER
TARIKH |
: 23 OKTOBER 2023 |
MASA |
: 2.00 PETANG - 5.00 PETANG |
LOKASI |
: PEDi KAMPUNG GEDONG |
PESERTA |
: PELAJAR SEKOLAH |
Tujuan
Menguji pengetahuan am para peserta tentang perkakasan dan kompone yang terdapat dalam komputer. Menambah pengetahuan ICT para peserta sekaligus menarik minat beserta untuk mengikuti aktiviti yang dianjurkan oleh PEDi Gedong. Menambah keahlian sedia ada PEDi Gedong. Menggunakan masa cuti sekolah dengan perkara yang berfaedah.
Aktiviti
Petugas memberi penerangan kepada peserta yang mengikuti kelas. Peserta diminta membuka laman web kuiz online. Seterusnya, petugas akan meminta para peserta menjawab soalan yang disediakan mengikut masa yang ditetapkan. Aktiviti ini sangat menyeronokkan dan menguji minda para peserta tentang pengetahuan ICT.
LAPORAN OKTOBER
TARIKH |
: 25 OKTOBER 2023 |
MASA |
: 2.00 PETANG - 5.00 PETANG |
LOKASI |
: PEDi KAMPUNG GEDONG |
PESERTA |
: BELIA |
Tujuan
Mempromosikan PEDi Kampung Gedong serta menambah keahlian PEDi Kampung Gedong sedia ada. Menarik minat para belia mengikuti kelas yang dianjurkan di PEDi Kampung Gedong. Menambah pengetahuan asas ICT. Memberi bimbingan dan tunjuk ajar kepada para peserta yang ingin melanjutkan pelajaran ke UNIMAS.
Aktiviti
Petugas memberi penerangan kepada para peserta cara membuka laman web UNIMAS. Petugas membantu peserta dalam mengisi maklumat yang diperlukan. Sesi soal jawab berlangsung antara petugas dan peserta. Membantu para peserta mempelajari cara mengisi maklumat dan dokumen yang diperlukan oleh pihak UNIMAS.
LAPORAN OKTOBER
TARIKH |
: 22 OKTOBER 2023 |
MASA |
: 2.00 PETANG - 5.00 PETANG |
LOKASI |
: PEDi KAMPUNG GEDONG |
PESERTA |
: PELAJAR SEKOLAH |
Tujuan
Meningkatkan kemahiran ICT para peserta terutamanya dalam penggunaan komputer. Peserta mempelajari asas keusahawanan dan mempelajari cara membuat sticker produk. Meningkatkan daya kreativiti para peserta sekaligus meningkatkan kemahiran berfikir para peserta dalam menghasilkan sesuatu imej produk yang menarik.
Aktiviti
Para peserta diberi penerangan mengenai kelebihan menjadi ahli PEDi Kampung Gedong dan aktiviti yang bakal diadakan di PEDi pada masa akan datang. Peserta diberi pendedahan asas komputer dan pengenalan software kepada peserta sebagai rujukan untuk peserta membuat suntingan sticker produk. Selain itu, peserta mempelajari asas multimedia.