LAPORAN SEPTEMBER
TARIKH |
: 19 SEPTEMBER 2023 |
MASA |
: 9.00 PAGI - 10.00 PAGI |
LOKASI |
: PEDi KAMPUNG GEDONG |
PESERTA |
: BELIA DAN DEWASA |
Tujuan
Mempromosikan PEDi Kampung Gedong serta menambah keahlian PEDi Kampung Gedong sedia ada. Menarik minat para belia mengikuti kelas yang dianjurkan di PEDi Kampung Gedong. Menambah pengetahuan asas ICT para peserta dalam penggunaan Microsoft Office Word. Memberi bimbingan dan tunjuk ajar kepada para peserta membuat surat rasmi mengikut format yang betul. Mengajar peserta menggunakan Microsoft office serta mengetahui fungsinya.
Aktiviti
Petugas memberi penerangan kepada para peserta cara menggunakan Microsoft Office Word mengikut langkah-langkah yang diberikan. Petugas menyediakan modul pembelajaran kepada para peserta sebagai rujukan untuk membuat latihan. Seterusnya, petugas akan memberi arahan dan memberi penerangan cara menggunakan Microsoft Office Word. Peserta membuat Surat Rasmi mengikut buku modul pembelajaran yang diberi.
LAPORAN SEPTEMBER
TARIKH |
: 6 SEPTEMBER 2023 |
MASA |
: 9.00 PAGI - 10.00 PAGI |
LOKASI |
: PEDi KAMPUNG GEDONG |
PESERTA |
: PELAJAR SEKOLAH |
Tujuan
Meningkatkan kemahiran mewarna para peserta. Memperkenalkan laman web mewarna secara atas talian. Pelajar mengetahui cara mewarna poster menggunakan laman web coloringpages4u.com. Menambah pengetahuan ICT dan kemahiran mewarna pseserta. Meningkatkan daya kreativiti para peserta.
Aktiviti
Para peserta diberi pendedahan asas komputer dan diperkenalkan dengan aplikasi mewarna. Peserta dipandu cara mewarna dan diuji kemahiran mewarna secara individu selepas habis kelas. Peserta diberi masa dan menyiapkan gambar tersebut mengikut masa yang telah ditetapkan. Menguji ketangkasan dan kecekapan peserta mewarna.
LAPORAN OGOS
TARIKH |
: 5 OGOS 2023 |
MASA |
: 8.30 PAGI - 11.30 PAGI |
LOKASI |
: PEDi KAMPUNG GEDONG |
PESERTA |
: PELAJAR SEKOLAH |
Tujuan
Kelas ini diadakan bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan ICT para peserta belajar secara online menggunakan laman web yang sedia ada. Para peserta mempelajari cara menggunakan website sebagai medium pembelajaran. Peserta dapat meningkatkan kemahiran asas komputer sekaligus menarik minat peserta belajar secara atas talian.
Aktiviti
Peserta diberitahu kaedah untuk membuka perisian komputer, dipandu cara membuka laman web pembelajaran. Para peserta mendengar setiap arahan yang diberikan oleh petugas. Peserta memulakan aktiviti dengan menjawab kuiz yang disediakan serta bimbingan dari guru. Sesi soal jawab antara petugas dan peserta turut dijalankan.
LAPORAN SEPTEMBER
TARIKH |
: 7 SEPTEMBER 2023 |
MASA |
: 2.00 PETANG - 4.00 PETANG |
LOKASI |
: PEDi KAMPUNG GEDONG |
PESERTA |
: PELAJAR SEKOLAH |
Tujuan
Mempertingkatkan kemahiran penggunaan internet dan mengenali perkakasan komputer. Menguji tahap penguasaan pelajar dalam menaip pantas secara online. Membentuk pelajar agar lebih berdaya saing dengan kepantasan menaip mengikut masa yang ditetapkan. Meningkatkan tahap kesedaran keselamatan melayari internet. Mempromosikan aktiviti di PEDi yang bakal diadakan kepada peserta.
Aktiviti
Petugas memberi tunjuk ajar cara menggunakan komputer dan mengenali komponen yang terdapat dalam komputer. Peserta diberi penerangan bagaimana membuka laman web menaip pantas menggunakan link yang disediakan oleh petugas. Para peserta mengikuti arahan yang diberikan. Peserta memulakan latihan menaip mengikut arahan daripada petugas.
LAPORAN OGOS
TARIKH |
: 5 OGOS 2023 |
MASA |
: 2.00 PETANG - 5.00 PETANG |
LOKASI |
: PEDi KAMPUNG GEDONG |
PESERTA |
: DEWASA |
Tujuan
Kelas ini diadakan bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan ICT para peserta mewarna secara online menggunakan software yang sedia ada. Para peserta mempelajari taktik membuat pemilihan warna yang sesuai berdasarkan objek yang diberikan. Peserta mewarna menggunakan brush sedia ada. Peserta mempelajari cara mewarna objek dengan kemas dan warna tidak bercampur dengan objek yang lain. Meningkatkan daya kreativiti para peserta.
Aktiviti
Peserta diberitahu kaedah untuk membuka perisian komputer, dipandu cara mewarna online menggunakan link coloringpages4u.com. Para peserta mendengar setiap arahan yang diberikan oleh petugas. Peserta memulakan aktiviti mewarna secara individu. Sesi soal jawab antara petugas dan peserta turut dijalankan.