LAPORAN OKTOBER
TARIKH |
: 21 OKTOBER 2023 |
MASA |
: 10.00 PAGI - 12.00 TENGAHARI |
LOKASI |
: PEDi KAMPUNG GEDONG |
PESERTA |
: DEWASA |
Tujuan
Meningkatkan kemahiran ICT dan Asas Keusahawanan peserta. Peserta mengetahui tentang Perkhidmatan Pengurusan Konten Media Sosial serta Perkhidmatan Pengiklanan Digital. Peserta mempelajari cara meningkatkan pendapatan dan servis perkhidmatan melalui Seminar Pemasaran Digital OHSEM. Mempelajari tentang laman kandungan premium sekaligus dapat meluaskan info tentang kandungan produk dan perkhidmatan.
Aktiviti
Para peserta diberi penerangan mengenai kelebihan menjadi ahli Pusat Ekonomi Digital Kampung Gedong dan aktiviti yang bakal diadakan pada masa akan datang. Peserta diberi pendedahan tentang kemahiran keusahawanan dan platform yang sesuai diguna pakai untuk meluaskan perniagaan sekaligus mempertingkatkan pengetahuan mereka dalam bidang keusahawanan. Peserta dapat meningkatkan pendapatan mereka.
LAPORAN OKTOBER
TARIKH |
: 19 OKTOBER 2023 |
MASA |
: 2.00 PETANG - 5.00 PETANG |
LOKASI |
: PEDi KAMPUNG GEDONG |
PESERTA |
: BELIA DAN DEWASA |
Tujuan
Kelas ini diadakan bertujuan untuk memberi tunjuk ajar kepada para peserta tentang kepentingan mempelajari asas keusahawanan. Dengan mempelajari tentang keusahawanan sekaligus dapat menarik minat peserta untuk menceburi diri dalam bidang keusahawanan. Peserta dapat mempelajari asas Shopee, cara membuka akaun Shopee dan belajar cara menggunakan akaun Shopee tersebut.
Aktiviti
Para peserta mempelajari asas keusahawanan dan diberi tunjuk ajar cara menggunakan Shopee. Modul Shopee dan video penerangan disediakan oleh petugas bagi rujukan para peserta. Peserta dipandu cara menggunakan Shopee mengikut video yang ditunjukkan oleh petugas dan peserta diminta membuka akaun shopee secara individu. Soal jawab antara petugas dan peserta turut dijalankan.
LAPORAN OKTOBER
TARIKH |
: 16 OKTOBER 2023 |
MASA |
: 2.00 PETANG - 5.00 PETANG |
LOKASI |
: PEDi KAMPUNG GEDONG |
PESERTA |
: PELAJAR SEKOLAH |
Tujuan
Mempromosikan PEDi Kampung Gedong serta menambah keahlian PEDi Kampung Gedong sedia ada. Menarik minat para belia mengikuti kelas yang dianjurkan di PEDi Kampung Gedong. Menambah pengetahuan asas ICT para peserta dalam penggunaan Microsoft Office Word. Memberi bimbingan dan tunjuk ajar kepada para peserta tentang IOT dan Microsoft office serta mengetahui fungsinya.
Aktiviti
Petugas memberi penerangan kepada para peserta cara menggunakan Microsoft Office Word mengikut langkah-langkah yang diberikan. Petugas menyediakan modul pembelajaran kepada para peserta sebagai rujukan untuk membuat latihan. Seterusnya, petugas akan memberi arahan dan memberi penerangan cara menggunakan Microsoft Office Word. Peserta menonton tayangan video IOT di Youtube.
LAPORAN OKTOBER
TARIKH |
: 17 OKTOBER 2023 |
MASA |
: 2.00 PETANG - 5.00 PETANG |
LOKASI |
: PEDi KAMPUNG GEDONG |
PESERTA |
: PELAJAR SEKOLAH |
Tujuan
Meningkatkan kemahiran ICT para peserta terutamanya dalam Mengenali Komponen Komputer. Peserta mempelajari cara tentang komputer, komponen serta fungsinya. Peserta mempelajari cara menggunakan komputer dengan cara yang betul. Peserta juga mempelajari etika penggunaan komputer.
Aktiviti
Para peserta diberi penerangan mengenai kelebihan menjadi ahli PEDi Kampung Gedong dan aktiviti yang bakal diadakan di PEDi pada masa akan datang. Peserta diberi pendedahan asas komputer dan pengenalan komponen komputer. Peserta diuji kemahiran menjawab kuiz ICT berkenaan perkakasan komputer secara atas talian.
LAPORAN OKTOBER
TARIKH |
: 13 OKTOBER 2023 |
MASA |
: 2.00 PETANG - 5.00 PETANG |
LOKASI |
: PEDi KAMPUNG GEDONG |
PESERTA |
: BELIA DAN DEWASA |
Tujuan
Mempromosikan PEDi Kampung Gedong serta menambah keahlian PEDi Kampung Gedong sedia ada. Menarik minat para belia mengikuti kelas yang dianjurkan di PEDi Kampung Gedong. Menambah pengetahuan asas ICT para peserta dalam penggunaan CANVA. Memberi bimbingan dan tunjuk ajar kepada para peserta membuat resume mengikut format yang betul. Mengajar peserta menggunakan CANVA serta mengetahui fungsinya.
Aktiviti
Petugas memberi penerangan kepada para peserta cara menggunakan CANVA mengikut langkah-langkah yang diberikan. Petugas menyediakan modul pembelajaran kepada para peserta sebagai rujukan untuk membuat latihan. Seterusnya, petugas akan memberi arahan dan memberi penerangan cara menggunakan CANVA. Peserta membuat Resume mengikut buku modul pembelajaran yang diberi. Sesi soal jawab antara petugas dan peserta turut dijalankan.