LAPORAN JANUARI
TARIKH |
: 22 JANUARI 2021 |
MASA |
: 10.00 PAGI – 12.00 TENGAHARI |
LOKASI |
: PUSAT INTERNET KAMPUNG GEDONG |
PESERTA |
: PELAJAR SEKOLAH (10 ORANG) |
Tujuan
Meningkatkan kemahiran ICT para peserta terutamanya dalam penggunaan Dashboard Komuniti. Peserta mempelajari cara menghantar aduan ataupun sebarang cadangan kepada pihak PBT. Peserta diperkenalkan dengan Modul My Soal dengan lebih terperinci lagi berdasarkan panduan slaid pembentangan yang disediakan oleh petugas PIK Kampung Gedong supaya mereka lebih cepat faham.
Aktiviti
Para peserta diberi penerangan mengenai kelebihan menjadi ahli PIK Kampung Gedong dan aktiviti yang bakal diadakan di PIK pada masa akan datang. Peserta diberi pendedahan asas komputer dan pengenalan Dashboard Komuniti kepada peserta. Selain itu, peserta mendengar penerangan daripada petugas tentang Modul My Soal dan sesi soal jawab di antara peserta dan petugas turut dijalankan.
LAPORAN JANUARI
TARIKH |
: 18 JANUARI 2021 |
MASA |
: 10.00 PAGI – 12.00 TENGAHARI |
LOKASI |
: PUSAT INTERNET KAMPUNG GEDONG |
PESERTA |
: PELAJAR SEKOLAH (10 ORANG) |
Tujuan
Mempelajari laman web untuk membuat kad tahun baru menggunakan aplikasi Fotojet. Mempelajari cara editing gambar dan mencipta kad tahun baru mengikut kreativiti masing-masing. Meningkatkan pengetahuan asas keusahawanan dan web para peserta. Meningkatkan kemahiran penggunaan komputer para peserta.
Aktiviti
Petugas memberi penerangan tentang cara membuat kad menggunakan template yang sedia ada. Sesi soal jawab di antara peserta dan petugas juga turut berlangsung. Petugas memberi tunjuk ajar kepada para peserta tentang aplikasi yang digunakan. Akhir sekali, peserta diuji secara individu dalam menghasilkan kad tahun baru yang cantik.
LAPORAN JANUARI
TARIKH |
: 14 JANUARI 2021 |
MASA |
: 10.00 PAGI – 12.00 TENGAHARI |
LOKASI |
: PUSAT INTERNET KAMPUNG GEDONG |
PESERTA |
: PELAJAR SEKOLAH (8 ORANG) |
Tujuan
Meningkatkan kemahiran ICT dan keusahawanan para peserta. Memperkenalkan medium jualan secara atas talian kepada para peserta bagi menambah pengetahuan asas keusahawanan yang sedia ada. Menarik minat peserta untuk mengikuti kelas yang dianjurkan di Pusat Internet Kampung Gedong. Menambah keahlian sedia ada.
Aktiviti
Para peserta diberi pendedahan cara penggunaan komputer yang betul dan dipandu cara membuka laman web perniagaan secara atas talian. Petugas menyediakan modul pembelajaran sebagai rujukan para peserta bagi memudahkan mereka membuat rujukan. Peserta mengikut arahan yang diberikan dari masa ke semasa.
LAPORAN JANUARI
TARIKH |
: 17 JANUARI 2021 |
MASA |
: 10.00 PAGI – 12.00 TENGAHARI |
LOKASI |
: PUSAT INTERNET KAMPUNG GEDONG |
PESERTA |
: PELAJAR SEKOLAH (10 ORANG) |
Tujuan
Memupuk minat peserta agar mengikuti kelas di PIK serta memberi pendedahan kepada komuniti tentang kewujudan PIK Kampung Gedong sebagai sumber pembelajaran dan tempat menerokai dunia ICT. Memberi kesedaran kepada para peserta memanfaatkan kemudahan internet dengan perkara yang berfaedah. Menambah keahlian PIK Kampung Gedong sedia ada. Memberi kesedaran pengguna menyemak label nama sesuatu produk sebelum membeli supaya tidak tertipu.
Aktiviti
Peserta diajak menonton video KDB berkenaan ‘CYL”. Petugas memberi penerangan kepada para peserta berkenaan jenis penipuan yang berlaku dan sindiket penipuan di dunia siber yang sering mencari mangsa di internet dengan menjual produk-produk tiruan. Petugas menasihati peserta supaya memastikan produk mempunyai label SIRIM, KKM & agensi yang telah berdaftar. Peserta diperkenalkan youtube dan mempelajari multimedia serta fungsinya.
LAPORAN JANUARI
TARIKH |
: 13 JANUARI 2021 |
MASA |
: 10.00 PAGI – 12.00 TENGAHARI |
LOKASI |
: PUSAT INTERNET KAMPUNG GEDONG |
PESERTA |
: PELAJAR SEKOLAH (8 ORANG) |
Tujuan
Meningkatkan kemahiran ICT dan keusahawanan para peserta. Memperkenalkan medium jualan secara atas talian kepada para peserta bagi menambah pengetahuan asas keusahawanan yang sedia ada. Menarik minat peserta untuk mengikuti kelas yang dianjurkan di Pusat Internet Kampung Gedong. Menambah keahlian sedia ada.
Aktiviti
Para peserta diberi pendedahan cara penggunaan komputer yang betul dan dipandu cara membuka laman web perniagaan secara atas talian. Petugas menyediakan modul pembelajaran sebagai rujukan para peserta bagi memudahkan mereka membuat rujukan. Peserta mengikut arahan yang diberikan dari masa ke semasa.