NAMA  : MARASAN BIN MUD
UMUR  : 65 TAHUN
AHLI  : 25 JANUARI 2019

 

Latar belakang

Marasan Bin Mud merupakan seorang Ketua Kampung Kanchong Jaya Gedong yang berumur 65 tahun. Walaupun sudah berusia, tetapi beliau masih bergiat aktif mengikuti aktiviti dan program yang diadakan di Kampung Gedong. Beliau menjadi ahli Pusat Internet Kampung Gedong pada bulan Januari 2019. Beliau sering mengikuti kelas dan program yang dianjurkan di Pusat Internet Kampung Gedong.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum melibatkan diri dengan aktiviti PI, KK Marasan kurang mahir menggunakan komputer kerana kurang didikan dan pendedahan kepada pembelajaran asas-asas komputer. Beliau juga merasa kekok untuk menggunakan tetikus. Malahan, beliau juga tidak tahu tentang penggunaan software yang terdapat dalam komputer dan kurang mahir menggunakan papan kekunci.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Setelah menghadiri beberapa kelas ICT di Pusat Internet Kampung Gedong, kini beliau pandai menggunakan komputer. Malahan beliau juga mahir menggunakan internet yang ada untuk melihat beberapa maklumat yang diperlukan dan bagi tujuan membuat kertas kerja bagi Kampung Kanchong Jaya Gedong. Kekerapan beliau mengikuti kelas banyak membantunya untuk meningkatkan kemahiran yang ada terutama dalam melaksanakan kelas Microsoft office untuk menaip surat, membuat peta, membuat carta organisasi kampung, dan banyak lagi. Beliau juga menunjukkan peningkatan yang banyak dan cepat berbanding peserta yang lain mengikuti kelas ICT bersama beliau.

 

1

 


 

 

BELAJAR ASAS KOMPUTER, INTERNET, KDB DAN DASHBOARD KOMUNITI

NAMA  : DIYANNA FILZATY BINTI HAMDAN
UMUR  : 10 TAHUN
AHLI  : 29 SEPTEMBER 2018

 

Latar belakang

Adik Diyanna merupakan seorang pelajar di Sekolah Kebangsaan Abang Kadir Gedong berumur 10 tahun. Beliau telah menyertai Pusat Internet Kg Gedong sebagai ahli sejak Pusat Internet Kg Gedong dibuka pada tahun 2015. Adik Diyanna merupakan seorang pelajar yang rajin mengikuti kelas dan cepat memahami langkah-langkah kerja yang di ajar ketika kelas pembelajaran dijalankan. Beliau merupakan seorang pengawas sekolah yang berdedikasi dan pintar.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum melibatkan diri dengan aktiviti Pusat Internet Kg Gedong, adik Diyanna kurang mendapat pendedahan mengenai asas penggunaan dan penjagaan komputer. Selain itu, beliau juga kurang mengetahui tentang pelbagai jenis penipuan yang terdapat di alam siber dan etika penggunaan Internet yang betul. Beliau juga tidak mengenali apa itu dashboard komuniti dan KDB. Adik Diyanna juga kurang kemahiran dalam penggunaan aplikasi-aplikasi dan ‘software’ yang terdapat di dalam komputer.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Adik Diyanna kini mempunyai asas kemahiran menggunakan aplikasi komputer seperti Microsoft Office, Multimedia, Pengenalan Web, Dashboard Komuniti dan Etika penggunaan Internet dengan betul. Adik Diyanna juga sering mengikuti pelbagai jenis pertandingan melibatkan ICT seperti menaip pantas, kuiz online, mewarna, jigsaw puzzle online dan juga sebagainya. Kelas-kelas yang telah diikuti oleh beliau banyak membantu beliau dalam meningkatkan kemahiran serta menguasai asas penggunaan komputer. Selain itu, adik Diyanna juga  banyak membantu rakan-rakan beliau yang lain ketika mengikuti kelas di Pusat Internet. 

 

IMG 20190816 110748

KLIK VIDEO DI SINI


 

 

USAHAWAN KECIL MENJUAL PERALATAN SEKOLAH & ALAT TULIS

NAMA  : SAIROL BINTI PALENG
UMUR  : 41 TAHUN
AHLI  : 24 FEBRUARI 2019

 

Latar belakang

Sairol Bariah Binti Paleng, 41 tahun merupakan seorang usahawan yang menjalankan perniagaan menjual alat tulis, pembekal alat tulis, cenderahati dan pelbagai peralatan keperluan sekolah. Beliau mempunyai kedai alat tulis di Anjung Usahawan Gedong yang diberi nama Syakimyannaqish sempena nama anak beliau. Selain itu, beliau memiliki syarikat yang berdaftar iaitu Bumi One Marketing dimana beliau juga membuat perniagaan sampingan membuat banner, bunting, sticker dan backdrop bagi menambah pendapatan. Beliau telah mendaftar menjadi ahli Pusat Internet Kampung Gedong pada bulan Februari 2019. Beliau merupakan seorang peniaga yang mesra pelanggan dan senang untuk berurusan bagi membuat tempahan.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum melibatkan diri dengan aktiviti PI Gedong, Pn Sairol hanya mempunyai kemahiran asas komputer sahaja. Beliau juga sering meminta bantuan daripada suaminya untuk membuat invoice dan surat menyurat yang melibatkan penggunaan komputer. Namun begitu, ia tidak mematahkan semangat beliau untuk menerokai dunia ICT. Jadi, beliau mengambil keputusan menjadi ahli PI untuk mencapai matlamat mempelajari penggunaan komputer dengan lebih mendalam dan mempelajari software yang sedia ada.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas menyertai kelas ICT di Pusat Internet, Puan Sairol menjadi semakin mahir menggunakan komputer. Dengan adanya bantuan daripada petugas PI Gedong, beliau dapat mempertingkatkan kemahiran ICT sekaligus mempelajari keusahawanan. Beliau memepelajari cara memasarkan produk secara atas talian, membuat promosi produk, mempelajari kemahiran menggunakan Microsoft Office, Dashboard Komuniti dan Kempen Kesedaran ICT iaitu (Klik Dengan Bijak). Beliau dapat meningkatkan pendapatan beliau dari sebelumnya.

 

FB IMG 1567735998257

KLIK VIDEO DI SINI


 

 

USAHAWAN KECIL MENJUAL PRODUK KECANTIKAN (MARY KAY)

NAMA  : KARTINA BINTI BUANG
UMUR  : 31 TAHUN
AHLI  : 11 JANUARI 2019

 

Latar belakang

Katina Binti Buang, 31 tahun merupakan seorang surirumah sepenuh masa yang menjalankan perniagaan menjual pelbagai produk kecantikan secara atas talian dan jualan terus dari rumah ke rumah. Beliau bermula menjual produk secara kecil-kecilan dan sekarang beliau telah berjaya mengembangkan perniagaannya secara atas talian dan memperoleh banyak pelanggan.Beliau juga kini, menjadi idola para wanita dimana sekarang beliau memberi ceramah mengenai kecantikan kepada para wanita dan mengajar mereka tentang cara merawat kulit muka dari segi dalaman mahupun luaran. Beliau juga turut membuat treatment/facial muka kepada para pelanggan kerana mempunyai sijil pengkhususan dalam bidang kecantikan.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum melibatkan diri dengan aktiviti PI Gedong, Pn Katina tidak tahu cara penggunaan komputer serta menggunakan aplikasi komputer yang sedia ada. Beliau hanya tahu mempromosikan produk secara jualan terus sahaja. Apabila beliau menjinakkan diri dengan penggunaan Facebook, beliau dapat mempromosikan produk secara meluas lagi. Apabila mengikuti kelas di PI, beliau dipandu cara mempromosi produk beliau bukan sahaja di Facebook, tetapi melalui Whatsapp, Dashboard Komuniti (My Shop), Instagram dan Shopee. 

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas menyertai kelas ICT di Pusat Internet, Puan Katina menjadi semakin mahir menggunakan komputer dan pendapatan beliau juga semakin bertambah. Perniagaan beliau juga semakin dikenali. Kini, beliau bukan setakat membuat treatment/facial kecantikan di Kampung Gedong malahan di kampung-kampung lain juga turut mendapat sambutan yang menggalakkan terutamanya para wanita di luar sana. Beliau bukan setakat bergiat aktif di luar malahan beliau telah dilantik menjadi ahli Squad Volunteer Gedong kerana seorang yang aktif dan mesra pelanggan. 

 

27332567 10213633864494724 461607328094165931 n

 KLIK VIDEO DI SINI


 

 

USAHAWAN KECIL TUPPERWARE & PELBAGAI PRODUK ONLINE

NAMA  : SATIMAH BINTI SEKUAN
UMUR  : 45 TAHUN
AHLI  : 8 APRIL 2019

 

Latar belakang

Satimah bt Sekuan, 45 tahun merupakan seorang surirumah yang menjalankan perniagaan Tupperware untuk menjana pendapatan sampingan. Beliau telah mendaftar menjadi ahli Pusat Jalur Lebar Komuniti Kg Gedong pada bulan April 2019. Beliau merupakan seorang yang mesra pelanggan dan cepat belajar. Bagi beliau, seorang surirumah juga mampu menjadi usahawan yang berjaya jika rajin berusaha dan menimba pengetahuan.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum melibatkan diri dengan aktiviti PJK, Pn Satimah kurang mahir menggunakan computer dan internet kerana kurang pendedahan kepada pembelajaran asas-asas komputer. Selain itu, beliau juga tidak tahu tentang penggunaan software yang terdapat dalam computer dan dan web platform penjualan online.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas menyertai kelas ICT di Pusat Internet, Puan Satimah kini telah mempelajari cara penggunaan dan penjagaan computer dengan betul. Beliau juga telah mempelajari cara menggunakan internet sebagai medium pemasaran dan iklan produk melalui My Shop dan juga beberapa platform jual beli atas talian serta media sosial. Selain itu beliau juga telah mempelajari etika penggunaan internet dengan betul serta kepentingan Klik Dengan Bijak.

 

IMG-20190505-WA0003

KLIK VIDEO DI SINI