USAHAWAN TUDUNG, DAN PELBAGAI BARANGAN ONLINE

NAMA  : AZALINA BINTI BUANG
UMUR  : 34 TAHUN
AHLI  : 2020

 

Latar belakang

Azalina binti Buang, merupakan seorang suri rumah sepenuh masa yang menjalankan perniagaan menjual pelbagai produk secara atas talian dan jualan terus dari rumah ke rumah. Beliau bermula menjual produk secara kecil-kecilan dan sekarang beliau telah berjaya mengembangkan perniagaannya secara atas talian dan memperoleh banyak pelanggan.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Puan Azalina binti Buang sebelum menjadi ahli Pusat Internet Kampung Gedong, beliau hanya mengetahui asas computer sahaja. Beliau kurang berkemahiran dalam menggunakan laman web seperti Shopee, Yezza, My Shop (dashboard komuniti), dan medium perniagaan lain. Pendapatan beliau juga sekitar RM500-RM800 sebulan.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas menyertai kelas ICT di Pusat Internet, Puan Azalina semakin mahir menggunakan komputer dan pendapatan beliau juga semakin bertambah. Perniagaan beliau juga semakin dikenali. Pelbagai produk yang dijual oleh beliau sentiasa mendapat sambutan yang menggalakkan daripada pelanggan terutama penduduk sekitar. Kini, pendapatan beliau sekitar RM1000-RM1200 sebulan.

 

FB IMG 1600306999955


 

 

USAHAWAN TUDUNG, TUPPERWARE DAN PELBAGAI BARANGAN ONLINE

NAMA  : AZERIN AKMA BINTI ROSILAN
UMUR  : 23 TAHUN
AHLI  : 2020

 

Latar belakang

Azerin Akma, merupakan seorang suri rumah sepenuh masa yang menjalankan perniagaan menjual pelbagai produk secara atas talian dan jualan terus dari rumah ke rumah. Beliau bermula menjual produk secara kecil-kecilan dan sekarang beliau telah berjaya mengembangkan perniagaannya secara atas talian.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum Puan Azerin Akma menjadi ahli Pusat Internet Kampung Gedong, beliau hanya mengetahui asas computer sahaja. Beliau kurang berkemahiran dalam menggunakan medium perniagaan atas talian seperti Shopee, Yezza, My Shop (dashboard komuniti), dan medium perniagaan lain. Pendapatan beliau juga sekitar RM500-RM800 sebulan dengan capaian pelanggan yang terhad.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas menyertai kelas ICT di Pusat Internet, Puan Azerin semakin mahir menggunakan komputer dan pendapatan beliau juga semakin bertambah. Perniagaan beliau juga semakin berkembang dan mendapat liputan pelanggan yang lebih meluas dengan penggunaan medium perniagaan atas talian seperti Yezza dan Shoppe. Pelbagai produk yang dijual oleh beliau sentiasa mendapat sambutan yang menggalakkan daripada pelanggan terutama penduduk sekitar. Kini, pendapatan beliau sekitar RM1000-RM1200 sebulan.

IMG 20200904 150844


 

 

USAHAWAN PENTERNAKAN & PENJUALAN BARANGAN SINGER

NAMA  : ALHAM MAULANA BIN OBENG
UMUR  : 43 TAHUN
AHLI  : 4 OKTOBER 2018

 

Latar belakang

Encik Alham Maulana merupakan seorang usahawan dalam bidang penternakan. Beliau merupakan anak jati Kampung Gedong. Beliau memulakan perniagaan dalam bidang penternakan dengan menubuhkan syarikat kecil yang didaftarkan atas nama Syarikat Maulana Gedong. Syarikat Beliau telah mula beroperasi sejak tahun 2007 lagi sehingga kini 2018. Beliau menjadi pembekal lembu dan kambing bertaraf moden. Penduduk kampung dan orang-orang luar boleh membeli lembu dan kambing untuk majlis-majlis seperti perkahwinan, majlis rasmi dan paling utama adalah majlis korban pada hari raya haji. Selain bidang penternakan, beliau aktif dalam penjualan barangan SINGER. Beliau merupakan Ejen SINGER di Cawangan Serian.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum melibatkan diri dengan aktiviti PI Gedong, En Alham Maulana tidak tahu cara penggunaan komputer serta menggunakan aplikasi komputer yang sedia ada. Beliau hanya tahu mempromosikan produk secara jualan terus sahaja. Apabila beliau menjinakkan diri dengan penggunaan Facebook, beliau dapat mempromosikan produk secara meluas lagi. Apabila mengikuti kelas di PI, beliau dipandu cara mempromosi produk beliau bukan sahaja di Facebook, tetapi melalui Whatsapp, Dashboard Komuniti (My Shop), Instagram dan Shopee. Selain itu, beliau dipandu cara membuat transaksi banking secara online supaya memudahkan pelanggan membuat pembayaran.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas menyertai kelas ICT di Pusat Internet, beliau menjadi semakin mahir menggunakan komputer dan pendapatan beliau juga semakin bertambah. Perniagaan beliau juga semakin dikenali. Kini, perniagaan beliau kian meluas dan beliau banyak menerima tempahan di kawasan luar Gedong. Sempena hari Raya Haji yang tidak lama lagi, beliau mendapat permintaan tinggi daripada pelanggan yang ingin membeli lembu serta kambing untuk akikah dan Raya Haji. Ini adalah kerana kejayaan beliau dalam mempromosi dan membuat pengiklanan produk di Facebook dan media sosial yang lain. Malahan penjualan produk SINGER juga kian mendapat sambutan yang memberansangkan.

 

FB IMG 1594280667380

 


 

 

USAHAWAN SONGKET DAN KRAFTANGAN SARAWAK

NAMA  : RAMTINIWAITI BINTI RAMLEE
UMUR  : 34 TAHUN
AHLI  : 24 FEBRUARI 2019

 

Latar belakang

Cik Ramtiniwaiti binti Ramlee merupakan seorang usahawan muda yang menjalankan perniagaan songket dan juga kraftangan. Beliau telah menubuhkan syarikat dibawah naungan beliau iaitu Seri Gedong Songket. Beliau mula bertapak sejak tahun 2016 lagi. Beliau memulakan karier nya dengan belajar kraftangan di Kuching. Dengan minat yang mendalam terhadap penenunan songket, beliau mengorak langkah dengan menenun songket dan mula mengambil pekerja untuk memastikan Syarikat Seri Gedong Songket dapat berjalan lancar dan jayanya. Beliau seorang yang tegas dan sangat kreatif.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum melibatkan diri dengan aktiviti PI Gedong, Cik Ramtiniwaiti hanya mengetahui asas-asas komputer. Untuk mempromosikan produk beliau, beliau hanya menggunakan medium tertentu untuk menjual songket beliau. Beliau belum mengetahui dashboard komuniti dimana beliau boleh mempromosikan produk beliau. Beliau juga hanya menggunakan media sosial untuk mempromosi produk beliau. Beliau tidak mengetahui kemudahan di PI Kampung Gedong seperti Pembelajaran ICT dan Keusahawanan PERCUMA kepada sesiapa yang berdaftar sebagai ahli PI. Selain kelajuan internet yang tinggi, beliau boleh menggunakan perkhidmatan lain seperti printing, laminating, binding dan banyak lagi. Sebelum ini, pendapatan beliau sekitar RM3000-RM6000 untuk beberapa bulan.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas menyertai kelas ICT di Pusat Internet, beliau menjadi semakin mahir menggunakan komputer dan pendapatan beliau juga semakin bertambah. Selain itu, produk beliau juga dapat dipasarkan di dashboard komuniti My Shop. Pendapatan beliau juga sekarang sekitar RM7000-RM10000 untuk beberapa bulan. Beliau kini, selalu menggunakan perkhidmatan di PI seperti mencetak gambar, fotostat dan kemudahan internet yang disediakan. Beliau juga pernah mengikuti pameran pada Hari bersama Komuniti PI Kg Gedong 2019. Beliau juga sering mengikuti kelas ICT dan Keusahawanan di PI Kampung Gedong. Walaupun terdapat kekangan masa, beliau tetap menghadirkan diri mengikuti kelas dan mempromosi produk beliau secara atas talian dengan menggunakan perkhidmatan internet di PI Gedong.

 

 IMG 20200714 163230


 

 

NAMA  : RAMSUKMAWATI BINTI RAMLEE
UMUR  : 32 TAHUN
AHLI  : 24 OKTOBER 2018

 

Latar belakang

Ramsukmawati merupakan seorang Guru Taska yang bergiat aktif juga dalam bidang Songket. Beliau sering membantu kakak nya dalam bidang tenunan songket. Beliau juga sering berkunjung ke Pusat Internet untuk menggunakan perkhidmatan fotokopi, printing dan sebagainya. Selain itu, beliau juga sering mengikuti program yang dianjurkan oleh Pusat Internet Kampung Gedong.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum melibatkan diri dengan aktiviti PI Kampung Gedong, beliau hanya mengetahui asas computer sahaja. Beliau belum mengetahui cara penggunaan Microsoft Office dengan lebih dalam lagi. Beliau juga tidak tahu tentang Dashboard Komuniti. Beliau tidak tahu cara menggunakan internet dengan lebih efisien dan kurang pengetahuan tentang ICT. Beliau kurang mengetahui kemudahan yang disediakan di PI Kampung Gedong.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Setelah menghadiri beberapa kelas ICT di Pusat Internet Kampung Gedong, kini beliau pandai menggunakan komputer. Tambahan pula, di sini banyak kemudahan yang dapat beliau gunakan seperti mengakses internet dan sebagainya. Selain itu, beliau boleh menyiapkan kerja yang melibatkan penggunaan computer di PI Kampung Gedong. Selain itu, beliau dapat mengetahui cara penggunaan dashboard komuniti dan juga Microsoft Office.

 

 IMG 20200707 161324