Laporan Mei – Advokasi KDB (Mobile E-Waste), Dashboard Komuniti (My Komuniti) & (My Soal)

 

Tarikh

: 5 Mei 2019

Masa

: 2.00 petang – 5.00 petang

Lokasi

: Pusat Internet Kampung Gedong

Peserta

: 10 Orang

 

Tujuan

Memberi kesedaran penggunaan internet di kalangan peserta serta memberitahu cara melupus smartphone lama yang tidak boleh diguna pakai lagi dengan cara yang betul. Memberi kesedaran cintai alam sekitar kepada pengguna melalui Avokasi KDB (Mobile E-Waste). Meningkatkan pemahaman peserta tentang dashboard komuniti iaitu My Komuniti & My Soal. Meningkatkan kemahiran para peserta dalam penggunaan dashboard serta menggalakkan peserta berinteraksi dalam My Komuniti. Meningkatkan keahlian PI Gedong sedia ada.

 

Aktiviti

Petugas menerangkan kepada peserta menggunakan slaid pembentangan yang disyorkan SKMM berkenaan Mobile E-Waste. Petugas memberi penerangan kepada peserta berkenaan klik dengan bijak dan tayangan video. Selepas itu, para peserta mengikuti kelas dashboard komuniti dimana para peserta diperkenalkan dengan modul my komuniti dan my soal. Para peserta dipandu cara untuk membuat pengumuman dalam My Komuniti dan Membuat Aduan kepada Pihak PBT. Sesi soal jawab di antara petugas dan peserta turut dijalankan di akhir aktiviti.

 

Laporan Mei – Advokasi KDB (Klik Dengan Bijak) & Dashboard Komuniti (My Komuniti)

 

Tarikh

: 4 Mei 2019

Masa

: 2.00 petang – 5.00 petang

Lokasi

: Pusat Internet Kampung Gedong

Peserta

: 10 Orang

 

Tujuan

Melatih peserta kemahiran asas komputer, menambah pengetahuan asas ICT para peserta dalam menggunakan komputer sebagai medium pembelajaran. Di samping itu, aktiviti klik dengan bijak melatih para peserta tentang penggunaan internet yang betul, tips keselamatan dalam menggunakan internet dan risiko yang akan dihadapi para peserta secara atas talian. Di samping itu, aktiviti dashboard komuniti menarik minat peserta dalam menggunakan aplikasi dashboard (My Komuniti). Melatih peserta menjadi mahir menggunakan dashboard komuniti.

 

Aktiviti

Peserta mengikuti kelas Advokasi KDB berkenaan Klik Dengan Bijak seperti yang disyorkan oleh Pihak SKMM. Dalam kelas ini, peserta mengikuti tayangan video berkenaan klik dengan bijak serta penerangan daripada petugas dengan menggunakan slaid pembentangan. Dalam kelas ini sesi soal jawab antara petugas dan peserta turut dijalankan. Dengan mengikuti advokasi tersebut, peserta dapat mencegah diri daripada menjadi mangsa jenayah siber. Melalui kelas dashboard komuniti pula, peserta mempelajari cara membuat pengumuman dalam dashboard komuniti (My Komuniti) serta mengetahui fungsinya.

 

Laporan Mei – Advokasi KDB (Tips Keselamatan Menggunakan Komputer Awam & Movie Day)

 

Tarikh

: 2 Mei 2019

Masa

: 2.00 petang - 5.00 petang

Lokasi

: Pusat Internet Kampung Gedong

Peserta

: 10 Orang 

 

Tujuan

Memberi kesedaran kepada para peserta tentang kepentingan Klik Dengan Bijak dan keselamatan melayari internet. Menguji sejauh mana pengetahuan mereka tentang keselamatan dalam menggunakan komputer awam. Memberi kesedaran kepada pelajar sekolah kepentingan Klik Dengan Bijak dan keselamatan melayari internet.Mendedahkan pelajar mengenai hak dan tanggungjawab ketika melayari internet. Membuat aktiviti sampingan Movie Day bagi menarik minat para peserta mengikuti kelas dan aktiviti di PI Kampung Gedong.

 

Aktiviti

Petugas PI Kampung Gedong menjalankan aktiviti lapangan iaitu Klik Dengan Bijak seperti yang disyorkan oleh pihak SKMM. Para peserta diberi penerangan mengenai kelebihan menjadi ahli PI Kampung Gedong dan aktiviti yang bakal diadakan di PI pada masa akan datang. Petugas memberi penerangan mengenai asas menggunakan komputer awam kepada para peserta serta diberi pendedahan asas perkakasan komputer serta fungsinya untuk pengetahuan peserta. Tayangan Video KDB dan sesi soal jawab turut dijalankan. Aktiviti Sampingan Movie Day bagi tujuan mempromosikan PI Gedong kepada para peserta.

 

Laporan Mei – Microsoft Office Word (Menaip Surat Rasmi) & Multimedia (Images)

 

Tarikh

: 3 Mei 2019

Masa

: 9.00 – 12.00 tengahari

Lokasi

: Pusat Internet Kampung Gedong

Peserta

: 5 Orang 

 

Tujuan

Mempromosikan Pi Kampung Gedong serta menambah keahlian PI Kampung Gedong sedia ada. Menarik minat para belia mengikuti kelas yang dianjurkan di PI Kampung Gedong. Menambah pengetahuan asas ICT para peserta dalam penggunaan Microsoft Office Word. Memberi bimbingan dan tunjuk ajar kepada para peserta membuat surat rasmi mengikut format yang betul. Mengajar peserta menggunakan Microsoft office serta mengetahui fungsinya. Peserta mempelajari cara membuat suntingan gambar di dalam internet untuk dimasukkan ke dalam Word. Mengetahui cara mengedit gambar dan mencantikkan lagi gambar supaya nampak lebih menarik.

 

Aktiviti

Petugas memberi penerangan kepada para peserta cara menggunakan Microsoft Office Word mengikut langkah-langkah yang diberikan. Petugas menyediakan modul pembelajaran kepada para peserta sebagai rujukan untuk membuat latihan. Seterusnya, petugas akan memberi arahan dan memberi penerangan cara menggunakan Microsoft Office Word. Peserta membuat Surat Rasmi mengikut buku modul pembelajaran yang diberi. Aktiviti sampingan iaitu mempelajari tentang Gambar iaitu cara membuat suntingan imej.

 

Laporan April – Latihan Keusahawanan: Santai Ceria Bersama Tupperware

Tarikh

: 26 April 2019

Masa

: 2.00 petang – 5.00 petang

Lokasi

: Pusat Internet Kampung Gedong

Peserta

: 11 Orang

 

Tujuan

Mempromosikan aktiviti di PI Kampung Gedong yang bakal diadakan kepada peserta, memupuk minat peserta agar sentiasa mengikuti kelas di PI Kampung Gedong. Memberikan ilmu pengetahuan kepada peserta tentang kemahiran usahawan yang ada pada seseorang usahawan. Memberi peluang kepada para usahawan untuk mempromosikan produk-produk mereka kepada komuniti tempatan. Memberi demonstrasi Tupperware dan taklimat keselamatan penggunaan internet kepada peserta. Meningkatkan kemahiran keusahawanan para peserta program.

 

Aktiviti

Para peserta diberi penerangan mengenai kelebihan menjadi ahli PI Kampung Gedong dan aktiviti yang bakal diadakan di PI pada masa akan datang. Peserta diberi pendedahan asas keusahawanan serta kemahiran keusahawanan untuk menambah pengetahuan peserta. Peserta diperkenalkan dengan Klik Dengan Bijak (KDB), bagaimana menggunakan internet sebagai medium pembelajaran dan mendapatkan maklumat sahih sesuatu produk yang berkualiti. Usahawan Tempatan membuat Demonstrasi Tupperware kepada para peserta. Sesi soal jawab di antara peserta dan petugas juga turut diadakan.