Laporan November - Advokasi KDB (Identiti) & Asas Teknologi Maklumat & Komunikasi (Pengenalan Internet: Web)
Tarikh |
: 27 November 2018 |
Masa |
: 2.00 Petang – 5.00 Petang |
Lokasi |
: Pusat Internet Kampung Gedong |
Peserta |
: 16 orang |
Tujuan
Aktiviti berkaitan Klik Dengan Bijak seperti yang disyorkan oleh pihak SKMM dijalankan bagi membantu peserta mengetahui kebaikan dan keburukan sesuatu laman web yang terdapat di internet. Mendidik peserta untuk mematuhi dan menjadi penguna internet yang bijak. Menambah pengetahuan peserta dalam ICT serta mengenali laman web yang terdapat di internet. Mengetahui fungsi serta kebaikan penggunaan internet. Mengetahui cara mengelak daripada kecurian identity dengan tips keselamatan penggunaan internet.
Aktiviti
Peserta mendengar Ceramah KDB dan tayangan video KDB berkenaan Identiti. Petugas menerangkan berkenaan jenayah-jenayah siber yang berlaku pada masa kini dan bagaimana memastikan data peribadi tidak d. Tayangan video dan sesi soal jawab antara petugas dan peserta. Petugas memastikan peserta memahami tentang identiti dengan menyoal para peserta dan soalan adalah berkenaan klik dengan bjiak. Aktiviti ini membantu para peserta agar berwaspada ketika melayari internet agar kehidupan mereka lebih baik dan mengelak daripada menjadi mangsa kecurian identiti.
Klik Gambar Di Sini ADVOKASI KDB & PENGENALAN WEB
Laporan November - Advokasi KDB (Penipuan Online) & Dashboard (Upload Produk Dalam My Shop)
Tarikh |
: 26 November 2018 |
Masa |
: 2.00 Petang – 5.00 Petang |
Lokasi |
: Pusat Internet Kampung Gedong |
Peserta |
: 3 orang |
Tujuan
Kelas ini bertujuan melatih golongan peserta terutama usahawan yang berniaga di Kampung Gedong menggunakan laman dashboard komuniti dan memberi pendedahan kepada mereka bagaimana untuk mempromosikan produk mereka secara atas talian melalui contoh produk makanan basah. Menambah kemahiran peserta dalam kemahiran keusahawanan mempromosi perniagaan. Melatih peserta menggunakan internet dengan aktiviti yang berfaedah dengan mengadakan latihan dashboard komuniti serta promosi produk di atas talian (My Shop).
Aktiviti
Peserta diajar cara menggunakan laman dashboard komuniti supaya mereka tahu aktiviti yang akan dijalankan di PI. Petugas memberi penerangan kepada para peserta sehingga peserta faham. Setelah mahir menggunakan laman dashboard komuniti, peserta diberi pendedahan bagaimana untuk upload produk dalam My Shop, cara mengambil gambar produk, serta mempromosikan produk perniagaan di atas talian terutama di media sosial. Latihan menggunakan internet secara bijak sebagai sumber untuk memberi pendidikan dan asas keusahawanan.
Klik Gambar Di Sini ADVOKASI KDB & MY SHOP (DASHBOARD KOMUNITI)
Laporan November - Advokasi KDB (Netiquette) & Movie Day
Tarikh |
: 18 November 2018 |
Masa |
: 2.00 Petang – 5.00 Petang |
Lokasi |
: Pusat Internet Kampung Gedong |
Peserta |
: 15 orang |
Tujuan
Kelas ini banyak mendatangkan manfaat kepada para peserta dimana para peserta akan lebih bijak ketika menggunakan internet. Mereka akan lebih bijak berkongsi pengetahuan dan tidak berkongsi maklumat peribadi sesuka hati. Menggunakan kata-kata yang sopan ketika melayari internet dan menghormati pengguna yang lain. Selain itu, memanfaatkan masa cuti dengan aktiviti yang berfaedah.
Aktiviti
Peserta diminta mencari maklumat dan memahami dulu maksud netiquette. Petugas menerangkan kepada peserta maksud netiquette iaitu etika dalam menggunakan Internet. Sebagai pengguna Internet, cara yang terbaik adalah dalam memanfaatkan kemudahan Internet. Sesi soal jawab antara petugas dan peserta turut diadakan. Aktiviti sampingan ialah Movie Day sebagai mempromosikan PI.
Klik Gambar Di Sini ADVOKASI KDB & MOVIE DAY
Laporan November - Advokasi KDB (Search Engine) & Kemahiran Keusahawanan (Origami)
Tarikh |
: 21 November 2018 |
Masa |
: 2.00 Petang – 4.00 Petang |
Lokasi |
: Pusat Internet Kampung Gedong |
Peserta |
: 10 orang |
Tujuan
Peserta dilatih menggunakan internet dengan aktiviti yang berfaedah seperti membuat origami yang menarik dengan menggunakan kertas A4. Mereka membuat origami dengan mengikuti tutorial di laman youtube menguji kemahiran keusahawanan mereka dalam membuat origami. Aktiviti ini memupuk minat peserta agar sentiasa mengikuti kelas, memberi pendedahan kepada para peserta terhadap kewujudan PI Kampung Gedong serta mempromosi aktiviti PI dan menambah keahlian PI yang sedia ada.
Aktiviti
Sebelum belajar kemahiran keusahawanan, para peserta menyaksikan tayangan video KDB. Seterusnya, peserta diminta melayari laman web youtube untuk dijadikan sumber rujukan ketika membuat origami kelak. Petugas mengajar peserta cara membuat origami yang kemas dan menarik dengan menggunakan kertas A4. Mereka membuat origami mengikut tutorial yang mudah difahami dari youtube. Sesi soal jawab di antara peserta dan petugas juga turut diadakan.
Klik Gambar Di Sini ADVOKASI KDB & KEMAHIRAN KEUSAHAWANAN
Laporan November - Advokasi KDB (Kelebihan Internet) & Pertandingan Menaip Pantas
Tarikh |
: 17 November 2018 |
Masa |
: 2.00 Petang – 5.00 Petang |
Lokasi |
: Pusat Internet Kampung Gedong |
Peserta |
: 10 orang |
Tujuan
Kelas ini bertujuan untuk menambah pengetahuan peserta berkenaan asas internet dan apakah kelebihan menggunakan internet. Internet memudahkan kerja, sebagai sumber mencari maklumat, dan sebagai medium untuk pembelian secara online. Selain itu, untuk mendapatkan info atau maklumat tentang isu semasa mahupun pembelajaran semua maklumat boleh didapati di hujung jari dengan adanya sumber internet.
Aktiviti
Peserta diminta memahami dulu maksud internet. Apakah itu internet? Apakah fungsi dan kelebihan internet? Semuanya diterangkan oleh petugas kepada para peserta. Para peserta mendengar penerangan dan mendapatkan info dengan melayari internet. Petugas turut bertanya dengan peserta apa kelebihan internet dan setiap orang menyenaraikan kelebihan penggunaan internet.
Klik Gambar Di Sini KELEBIHAN INTERNET & PERTANDINGAN MENAIP PANTAS