Laporan Mei - Advokasi KDB (Online Games), Pengenalan Web: Mari Belajar ABC (Youtube) & E-Learning (Pertandingan Jigsaw Puzzle Online)
Tarikh |
: 21 Mei 2019 |
Masa |
: 8.00 pagi – 11.00 pagi |
Lokasi |
: Pusat Internet Kampung Gedong |
Peserta |
: 9 orang |
Tujuan
Petugas menyediakan tayangan video yang bermanfaat untuk para peserta memahami keselamatan ketika melayari internet dan bagaimana untuk mengelak diri daripada terjebak dalam permainan internet yang melalaikan. Pelbagai tips keselamatan menggunakan internet diberikan oleh petugas kepada para peserta dan meningkatkan ilmu pengetahuan kepada peserta tentang penggunaan internet yang betul. Aktiviti sampingan pertandingan jigsaw puzzle online turut diadakan bagi menguji kemahiran berfikir dan ketangkasan para peserta dalam menyelesaikan puzzle. Mempromosikan PI Kampung Gedong kepada para peserta. Selain itu, menambah pengetahuan peserta dalam pendidikan seperti mempelajari ABC dengan menggunakan youtube. Para peserta menjadi minat untuk berkunjung ke PI Gedong.
Aktiviti
Peserta diperkenalkan tentang klik dengan bijak dimana ia adalah program kesedaran ke atas pengguna supaya lebih berhati-hati ketika melayari internet dalam kehidupan seharian mereka. Selain itu, petugas menyiarkan tayangan video klik dengan bijak dan video yang bermanfaat untuk menjadi contoh kepada mereka supaya dapat berfikir yang mana baik dan buruk patut diikuti apabila melayari internet. Selain itu, petugas menasihati peserta supaya tidak leka bermain permainan online. Petugas memberi galakan kepada peserta untuk bermain permainan yang berkaitan dengan pendidikan seperti jigsaw puzzle online. Para peserta mempraktikkan apa yang diajar petugas supaya lebih berhati-hati ketika menggunakan internet serta tidak terjebak ke dalam aktiviti yang tidak berfaedah.
Laporan Mei – Advokasi KDB (Klik Dengan Bijak), Pengenalan Web: Mari Belajar Mengira 123 (Youtube) & Pertandingan Mewarna Digital (School Bus)
Tarikh |
: 20 Mei 2019 |
Masa |
: 8.00 pagi – 11.00 pagi |
Lokasi |
: Pusat Internet Kampung Gedong |
Peserta |
: 9 Orang |
Tujuan
Memberikan peserta pendedahan menggunakan laman web sebagai medium pembelajaran dan meningkatkan kreativiti peserta melalui aktiviti mewarna digital. Peserta diuji kemahiran mewarna secara online. Memperkenalkan laman web youtube sebagai sumber rujukan untuk mendapatkan maklumat dan sebagai hiburan pendidikan. Menambah pengetahuan ICT para peserta. Menarik minat para peserta untuk mengikuti kelas di PI Kampung Gedong. Meningkatkan kesedaran penggunaan internet para peserta. Mempromosikan PI Kampung Gedong serta menambah keahlian PI Gedong sedia ada. Menjadikan peserta berfikir secara bijak ketika menggunakan internet dan lebih berhati-hati ketika menggunakan internet.
Aktiviti
Peserta didedahkan dengan Mewarna Digital iaitu www.coloring.pages4u.com. Peserta turut diajar cara untuk mengira nombor dengan menggunakan sokongan video dari youtube. Kelas ini dapat menarik minat para peserta untuk belajar ICT di PI Kampung Gedong. Seterusnya peserta mengikuti pertandingan mewarna secara online mengikut arahan yang diberikan oleh petugas. Peserta juga dipandu cara menggunakan laman web youtube dan video pendidikan yang sesuai mengikut kategori mereka yang masih lagi tabika. Peserta menonton tayangan video KDB yang disyorkan SKMM. Petugas memberi serba sedikit penerangan kepada peserta bagaimana menggunakan internet secara berhemah.
Laporan Mei - Advokasi KDB (Cyber Bully) & E-Pembelajaran (Kuiz Interaktif Islam Online)
Tarikh |
: 17 Mei 2019 |
Masa |
: 2.00 Petang – 4.30 Petang |
Lokasi |
: Pusat Internet Kampung Gedong |
Peserta |
: 10 orang |
Tujuan
Meningkatkan tahap penguasaan & mendedahkan pelajar tahap ICT yang telah mereka pelajari. Memperkenalkan website yang berguna sebagai sumber pendidikan kepada pelajar sekolah. Meningkatkan kefahaman dalam Islam serta pengetahuan am apa yang dipelajari peserta di sekolah. Mempromosikan aktiviti di PI yang bakal diadakan kepada peserta. Memberi galakan kepada peserta dan memupuk minat belajar dalam diri peserta. Peserta boleh menjawab kuiz interaktif Islam secara individu. Peserta dipandu cara untuk menjawab soalan kuiz secara atas talian. Selain itu, para peserta menyaksikan tayangan video dan penerangan daripada petugas berkenaan buli siber terhadap pelajar sekolah. Mengelak gejala buli merebak di dalam sekolah mahupun di luar sekolah.
Aktiviti
Petugas menyediakan slaid pembentangan serta tayangan video KDB berkenaan gejala buli kepada para peserta. Seterusnya, para peserta mendengar dengan teliti penerangan yang disampaikan oleh petugas PI Gedong. Sesi soal jawab turut dijalankan sepanjang Advokasi KDB dijalankan. Aktiviti sampingan para peserta ialah mereka diminta membuka laman web mengikut link yang telah diberika oleh petugas. Para peserta diuji kemahiran berfikir dimana mereka perlu menjawab soalan Kuiz Interaktif Islam secara online dan tanpa bantuan rakan yang lain. Di akhir kelas, para peserta akan mengetahui tahap kebijaksanaan mereka menjawab soalan dimana markah akan dipaparkan di skrin. Aktiviti ini sangat berguna bagi menarik minat peserta berkunjung ke PI Gedong.
Laporan Mei - Advokasi KDB (Cyber Stalking) & Multimedia: Photo Editor (PIXLR)
Tarikh |
: 18 Mei 2019 |
Masa |
: 9.00 Pagi – 12.00 Tengahari |
Lokasi |
: Pusat Internet Kampung Gedong |
Peserta |
: 8 orang |
Tujuan
Penerapan KDB (Cyber Stalking) dan pendedahan kepada Multimedia, disamping mempromosikan aktiviti di PI Kampung Gedong yang bakal diadakan pada masa akan datang. Meningkatkan kesedaran penggunaan internet serta menerapkan nilai tanggungjawab dalam diri peserta ketika menggunakan internet. Selain itu, memperkenalkan Multimedia kepada para peserta serta fungsi Multimedia. Menerangkan apa itu grafik dan bagaimana membuat editing gambar dengan menggunakan software Photo Editor (PIXLR). Peserta mempelajari cara memasukkan gambar, menukar font tulisan dan mencantikkan gambar menggunakan icon serta design yang terdapat dalam template yang disediakan. Di samping itu, peserta dapat membuat kerja kursus yang menggunakan Multimedia serta menarik minat para peserta ke PI Gedong.
Aktiviti
Peserta diperkenalkan dengan perkakasan komputer dan Internet. Selain itu, peserta turut di perkenalkan dengan KDB (Klik Dengan Bijak), dimana peserta diajar cara untuk mengehadkan perkongsian maklumat di media sosial dan cara untuk mengatasi masalah jika terlibat dengan Cyber Stalking. Peserta menonton tayangan video KDB berkenaan Cyber Stalking. Peserta dinasihatkan berwaspada selalu ketika melayari internet. Peserta juga didedahkan dengan Multimedia. Petugas membimbing peserta menggunakan aplikasi PIXLR. Para peserta mengikut arahan daripada petugas PI Gedong. Setelah mengetahu cara menggunakan aplikasi tersebut, peserta diminta membuat latihan yang disediakan oleh petugas. Sesi soal jawab dengan petugas PI Kg Gedong turut diadakan.
Laporan Mei - Advokasi KDB (Internet Safety), Latihan Keusahawanan (Gmail) & Website (Portal Tabung Baitulmal Sarawak)
Tarikh |
: 16 Mei 2019 |
Masa |
: 2.00 Petang – 4.30 Petang |
Lokasi |
: Pusat Internet Kampung Gedong |
Peserta |
: 8 orang |
Tujuan
Memberikan ilmu pengetahuan kepada perserta tentang kemahiran usahawan yang ada pada seseorang usahawan seperti membuat akaun Gmail untuk sesuatu urusan perniagaan. Mendidik peserta agar menjadi pengguna internet yang bijak dan bertanggungjawab. Memberi pendedahan terhadap kewujudan PI Kampung Gedong dan aktiviti yang diadakan di PI. Peserta diterangkan mengenai asas keusahawanan. Selain itu, peserta dipandu cara membuat permohonan bantuan kewangan kepada Baitulmal Sarawak bagi tujuan menyambung pelajaran dan sebagainya. Mendedahkan website yang berguna kepada para peserta yang ingin melanjutkan pelajaran ke Universiti ataupun Pra U. Meningkatkan ciri keselamatan pengguna internet.
Aktiviti
Peserta diberikan taklimat usahawan perniagaan mengenai asas usahawan dan ciri-ciri usahawan yang berjaya. Mengajar cara untuk membuka akaun Gmail. Mendidik peserta untuk mematuhi dan menjadi penguna internet yang bijak. Mempromosikan aktiviti di PI yang bakal diadakan kepada peserta. Membimbing para peserta mengisi borang permohonan bantuan secara atas talian. Petugas juga memberi penerangan berkenaan cara mengisi maklumat yang betul dan dokumen apa yang perlu disediakan. Seterusnya, peserta juga melihat video showing Klik Dengan Bijak yang berkaitan Keselamatan Penggunaaan Internet. Ia bertujuan menarik minat para peserta pergi ke PI Kampung Gedong kerana pelbagai info dapat diperolehi mengenai keselamatan internet.