Laporan Mei – Advokasi KDB (Check Your Label) & Microsoft Office Word (Latihan Menaip Karangan)
Tarikh |
: 15 Mei 2019 |
Masa |
: 9.00 Pagi – 12.00 Tengahari |
Lokasi |
: Pusat Internet Kampung Gedong |
Peserta |
: 4 Orang |
Tujuan
Meningkatkan kesedaran keselamatan penggunaan internet para peserta. Mempromosikan aktiviti di PI Kampung Gedong yang bakal diadakan kepada peserta serta menambah keahlian yang sedia ada. Menguji pemahaman para peserta dalam memilih atau membeli produk yang berkualiti ataupun tidak. Meningkatkan pengetahuan ICT para peserta dalam bijak membeli sesuatu produk di kedai mahupun membeli secara atas talian. Selain itu, meningkatkan pengetahuan MIcrosoft Office para peserta serta meningkatkan kemahiran menaip para peserta PPKI.
Aktiviti
Petugas memberi penerangan berkenaan klik dengan bijak iaitu Check Your Label. Peserta diajar bagaimana membuka laman web SIRIM untuk menyemak label sesuatu produk. Seterusnya peserta mengikut arahan daripada petugas dan memahami maklumat yang disalurkan kepada para peserta. Program Klik Dengan Bijak menguji kemahiran berfikir para peserta dalam membezakan produk yang original ataupun cetak rompak. Sesi soal jawab di antara peserta dan petugas juga turut diadakan. Setelah habis KDB, para peserta membuat latihan menaip karangan bagi meningkatkan pengetahuan ICT para peserta PPKI.
Laporan Mei – Pengenalan Web (Google), Dashboard (My Soal) & Multimedia (Save Images)
Tarikh |
: 14 Mei 2019 |
Masa |
: 9.00 pagi – 12.00 tengahari |
Lokasi |
: Pusat Internet Kampung Gedong |
Peserta |
: 10 Orang |
Tujuan
Memupuk kemahiran penguasaan computer para peserta. Memperkenalkan dashboard komuniti kepada para peserta serta fungsi. Menguji tahap penguasaan pelajar dalam menggunakan teknologi. Meningkatkan tahap kesedaran keselamatan melayari internet. Mempromosikan aktiviti di PI yang bakal diadakan kepada peserta. Menambah pengetahuan peserta dalam menggunakan dashboard My Soal. Meningkatkan pengetahuan peserta tentang ICT. Pembangunan Asas Laman Web, pengenalan Google dan “Save Images”.
Aktiviti
Petugas memberi penerangan berkaitan teknologi dan multimedia kepada peserta. Peserta dipandu cara membuka laman web Google, menyimpan gambar ke dalam fail. Sesi soal jawab antara petugas dan peserta. Seterusnya, peserta menonton slaid berkenaan dashboard komuniti (My Soal). Akhir sekali, petugas memberi penerangan bagaimana membuka laman web My Soal. Para peserta mengikuti arahan yang diberikan. Peserta membuat latihan dashboard mengikut arahan daripada petugas.
Laporan Mei – Advokasi KDB (Penipuan Online: Resit Palsu) & Latihan Keusahawanan: Pengenalan Microsoft Excel
Tarikh |
: 12 Mei 2019 |
Masa |
: 2.00 petang – 4.30 petang |
Lokasi |
: Pusat Internet Kampung Gedong |
Peserta |
: 5 Orang |
Tujuan
Kelas ini diadakan bertujuan untuk memupuk minat peserta agar mengikuti kelas di PI serta memberi pendedahan kepada komuniti tentang kewujudan PI Kampung Gedong. Di samping itu, aktiviti dan kelas dianjurkan PI bertujuan memberi kesedaran kepada para peserta memanfaatkan kemudahan internet dengan perkara yang berfaedah. Ia sekaligus menambah keahlian PI Kampung Gedong sedia ada.Mendidik peserta untuk menjadi penguna internet yang bijak. Peserta juga diberitahu kaedah untuk membuka perisian Microsoft Excel di dalam komputer dan diperkenalkan dengan Microsoft Excel.
Aktiviti
Peserta diajak menonton video KDB berkenaan ‘Penipuan Online”. Petugas memberi penerangan kepada para peserta berkenaan jenis penipuan yang berlaku dan sindiket penipuan di dunia siber yang sering mencari mangsa di internet. Petugas menasihati peserta supaya tidak terjebak dengan penipuan kewangan dan lebih berhati-hati ketika menggunakan internet terutama yang melibatkan sejumlah wang. Aktiviti sokongan, peserta diperkenalkan Microsoft Office Excel. Selepas itu, peserta membuat aktiviti latihan Microsoft Excel dan diterangkan fungsi Microsoft Excel. Peserta dipandu cara untuk menggunakan table, aligment, dan shading.
Laporan Mei – Advokasi KDB (Sebenarnya.my) & E-Learning (Crossword Puzzle Online)
Tarikh |
: 13 Mei 2019 |
Masa |
: 2.00 petang – 4.30 petang |
Lokasi |
: Pusat Internet Kampung Gedong |
Peserta |
: 7 Orang |
Tujuan
Penggunaan internet yang selamat untuk pelajar sekolah melalui aktiviti Advokasi KDB. Menguji kefahaman peserta mengenai Advokasi KDB dengan membuat kuiz melalui Crossword Puzzle KDB. Memberi pengetahuan tentang penggunaan internet secara bijak dan mengelak daripada berkongsi maklumat secara berlebihan. Selain itu, para peserta diuji kemahiran menjawab soalan kuiz secara online. Meningkatkan kemahiran ICT para peserta melalui Kuiz Teka Silang Kata.
Aktiviti
Peserta diajar cara penggunaan internet yang selamat bagi kanak-kanak serta kepentingan tapisan kandungan kepada kanak-kanak. Petugas menerangkan limit perkongsian maklumat di dalam media sosial. Tidak semua perkara atau maklumat perlu dikongsi. Seterusnya para peserta menjawab soalan crossword puzzle online untuk menguji kefahaman mereka mengenai Advokasi KDB. Aktiviti diteruskan dengan sesi soal jawab di antara Petugas PI Kampung Gedong dan para peserta.
Laporan Mei – Advokasi KDB (Online Grooming: Kenalan Siber) & E-Learning: Latihan Keusahawanan: Business Card (Publisher)
Tarikh |
: 11 Mei 2019 |
Masa |
: 2.00 petang – 4.30 petang |
Lokasi |
: Pusat Internet Kampung Gedong |
Peserta |
: 5 Orang |
Tujuan
Kelas ICT ini adalah bertujuan untuk memberi asas pengenalan kemahiran berkaitan Microsoft Office Publisher kepada para belia. Selain itu juga, dapat memperkenalkan mereka tentang pentingnya penggunaan komputer pada masa kini. Sekaligus, mendedahkan mereka bagaimana menggunakan komputer dengan baik. Selain daripada itu, Modul ini juga bertujuan untuk memberi pendedahan asas penggunaan MS Publisher secara terperinci. Objektif utama kelas ini juga adalah membimbing dan membantu mereka supaya lebih berhati-hati ketika melayari internet supaya tidak terdedah bahaya internet.
Aktiviti
Secara teori, para peserta telah diajar dengan mengetahui setiap komponen-komponen yang terdapat didalam Ms Publisher. Para peserta diajar untuk menerokai setiap penggunaan di dalam Ms Publisher serta fungsinya. Secara keseluruhannya, para belia dapat memahami fungsi serta kegunaan komponen yang ada didalam Ms Publisher dengan lebih terperinci dengan adanya kelas ICT ini. Para peserta dapat menghasilkan kad nama sendiri untuk perniagaan secara kecil-kecilan yang mereka ceburi. Tayangan Video KDB dan penerangan daripada petugas berkenaan KDB, membantu mereka berfikir dengan bijak ketika menggunakan internet.