Laporan Disember – Advokasi KDB (Berkongsi Secara Berlebihan), Dashboard Komuniti (Pengumuman Dalam My Komuniti) & E-Pembelajaran (Jigsaw Puzzle Online)

 

Tarikh

: 14 Disember 2018

Masa

: 2.00 Petang – 5.00 Petang

Lokasi

: Pusat Internet Kampung Gedong

Peserta

: 10 orang

 

Tujuan

 

Menjalankan aktiviti seperti video showing berkaitan Klik Dengan Bijak seperti yang disyorkan oleh pihak SKMM. Membantu peserta mengetahui kebaikan dan keburukan sesuatu laman web yang terdapat di internet. Mendidik peserta untuk mematuhi dan menjadi penguna internet yang bijak. Menunjukkan cara login penggunaan Dashboard Komuniti dan menerangkan menu yang terdapat pada Dashboard Komuniti. Mengajar peserta membuat pengumuman dalam Mykomuniti. Melatih kemahiran berfikir peserta untuk menyelesaikan puzzle yang belum bercantum sehingga puzzle menjadi lengkap.

 

Aktiviti

 

Peserta mendengar Ceramah KDB berkenaan (Berkongsi Maklumat Secara Berlebihan). Sesi soal jawab antara peserta dan petugas turut diadakan. Selepas itu, peserta membuat aktiviti latihan jigsaw puzzle online selepas melihat tayangan video Klik Dengan Bijak (Berkongsi Secara Berlebihan). Peserta menyelesaikan puzzle paling senang kepada yang paling susah. Di Samping itu, peserta diminta membuka laman web dashboard. Ia bertujuan memahirkan peserta menggunakan Dashboard Komuniti dan boleh membuat pengumuman dalam My komuniti.

 

Klik Gambar Di Sini ADVOKASI KDB, MY KOMUNITI & E-PEMBELAJARAN


 

Laporan Disember – Advokasi KDB (Permainan Atas Talian) & Latihan Keusahawanan : Origami Bungga DIY Youtube

 

Tarikh

: 12 Disember 2018

Masa

: 2.00 Petang – 5.00 Petang

Lokasi

: Pusat Internet Kampung Gedong

Peserta

: 10 orang

 

Tujuan

 

Peserta membuat latihan menggunakan internet secara bijak sebagai sumber untuk membuat origami yang menarik dan cantik dengan menggunakan kertas A4 sahaja. Menguji kreativiti para peserta dan meningkatkan kemahiran keusahawanan para peserta. Dengan pembuatan origami, peserta boleh menjual produk mereka dan memperoleh pendapatan sampingan.

 

Aktiviti

 

Peserta di perkenalkan dengan Permainan Atas Talian Klik Dengan Bijak (KDB). Para peserta diberi penerangan mengenai permainan KDB yang akan dijalankan. Peserta mendengar arahan daripada petugas sebelum memulakan aktiviti. Seterusnya, peserta diajar cara membuat origami yang kemas dan menarik dengan menggunakan kertas A4. Mereka juga didedahkan dengan tutorial untuk membuat origami yang mudah difahami dari youtube. Sesi soal jawab di antara peserta dan petugas juga turut diadakan.

 

Klik Gambar Di Sini ADVOKASI KDB & LATIHAN KEUSAHAWANAN


 

Laporan Disember – Advokasi KDB (Netiquette) & Microsoft Power Point - Insert Table dalam Slide

 

Tarikh

: 8 Disember 2018

Masa

: 2.00 Petang – 5.00 Petang

Lokasi

: Pusat Internet Kampung Gedong

Peserta

: 10 orang

 

Tujuan

 

Peserta diterangkan mengenai Klik Dengan Bijak dan tayangan video KDB. Sesi soal jawab dengan petugas berkenaan video yang ditayangkan juga turut dijalankan. Pelbagai tips keselamatan menggunakan internet diberikan oleh petugas kepada para peserta. Mendidik peserta agar menjadi pengguna internet yang bijak dan bertanggungjawab. Mempelajari Microsoft Power Point dan cara memasukkan jadual ke dalam slaid pembentangan.

 

Aktiviti

 

Peserta diberitahu kaedah untuk membuka perisian Microsoft Power Point di dalam komputer dan diperkenalkan dengan Microsoft Power Point. Peserta akan diterangkan fungsi Microsoft Power Point. Peserta dipandu cara untu menggunakan Microsoft Power Point dan bagaimana menghasilkan slaid yang menarik dengan memasukkan jadual serta design. Sesi soal jawab antara petugas turut diadakan.

 

Klik Gambar Di Sini ADVOKASI KDB & MICROSOFT POWER POINT


 

Laporan Disember – Advokasi KDB (Cyber Bully & Cyber Stalking) & Pembentangan Secara Berkumpulan

 

Tarikh

: 9 Disember 2018

Masa

: 2.00 Petang – 5.00 Petang

Lokasi

: Pusat Internet Kampung Gedong

Peserta

: 10 orang

 

Tujuan

 

Peserta diuji sejauh mana pengetahuan mereka tentang keselamatan dalam menggunakan internet melalui permainan berkaitan KDB dan kuiz ringkas yang dijalankan oleh petugas. Menjalankan aktiviti lapangan untuk Klik Dengan Bijjak seperti yang disyorkan oleh pihak SKMM. Memberi kesedaran kepada pelajar kepentingan Klik Dengan Bijak dan keselamatan melayari internet. Memberi peluang pelajar meluangkan masa cuti mereka dengan aktiviti yang berfaedah semasa menyertai program yang dijalankan oleh petugas PI Kampung Gedong.

 

Aktiviti

 

Peserta di perkenalkan dengan Kempen Klik Dengan Bijak (KDB). Para peserta diberi penerangan mengenai aktiviti KDB yang akan dijalankan. Seterusnya peserta akan di dedahkan dengan kaitan aktiviti tersebut dengan program klik dengan bijak. Aktiviti yang dijalankan adalah secara berkumpulan. Peserta juga diberi peluang untuk bertanya mengenai aktiviti yang dijalankan dan peserta diminta membuat pembentangan secara berkumpulan hasil daripada perbincangan secara berkumpulan.

 

Klik Gambar Di Sini ADVOKASI KDB & PEMBENTANGAN SECARA BERKUMPULAN


 

Laporan Disember – Advokasi KDB (Kepentingan Internet) & Microsoft Word - Cut Copy & Paste

 

Tarikh

: 7 Disember 2018

Masa

: 2.00 Petang – 5.00 Petang

Lokasi

: Pusat Internet Kampung Gedong

Peserta

: 10 orang

 

Tujuan

 

Memupuk kemahiran penguasaan komputer. Meningkatkan tahap penguasaan & mendedahkan pelajar tentang kepentingan internet. Mempromosikan aktiviti di PI yang bakal diadakan kepada peserta. Memupuk minat peserta agar sentiasa mengikuti kelas di PI. Memberi pendedahan terhadap kewujudan PI Kampung Gedong serta menambah keahlian PI sedia ada. Menguji kemahiran dan daya kreativiti peserta dalam penggunaan Microsoft Word.

 

Aktiviti 

 

Peserta diberitahu kaedah untuk membuka perisian Microsoft Word di dalam komputer dan diperkenalkan dengan Microsoft Word. Peserta akan diterangkan fungsi Microsoft Word. Peserta dipandu cara untu menggunakan Microsoft Word seperti ‘save document’, menukar fon, mengedit teks, membuat numbering dan bullet dan mempelajari bagaimana untuk cut dan copy paste text. Sesi soal jawab antara petugas turut diadakan.

 

Klik Gambar Di Sini ADVOKASI KDB & MICROSOFT WORD