Laporan November - Advokasi KDB (Maklumat Palsu) & Microsoft Office Power Point (Design Template)

 

Tarikh

: 16 November 2018

Masa

: 2.00 Petang – 5.00 Petang

Lokasi

: Pusat Internet Kampung Gedong

Peserta

: 10 orang

 

Tujuan

 

Memastikan peserta memahami keselamatan ketika melayari internet dan bagaimana untuk mengenal pasti maklumat palsu. Sesi soal jawab dengan petugas juga turut dijalankan. Pelbagai tips keselamatan menggunakan internet diberikan oleh petugas kepada para peserta untuk meningkatkan ilmu pengetahuan kepada peserta tentang penggunaan internet yang betul. Memperkenalkan design template pada para peserta bagi memudahkan para peserta untuk mempelajari Microsoft Office Power Point.

 

 

Aktiviti

 

Peserta  diperkenalkan tentang klik dengan bijak dimana ia adalah program kesedaran ke atas pengguna supaya lebih berhati-hati ketika melayari internet dalam kehidupan seharian mereka. Selain itu, petugas menyiarkan tayangan video klik dengan bijak dan video yang bermanfaat untuk menjadi contoh kepada mereka supaya dapat membezakan baik buruk sesuatu perkara apabila melayari internet. Para peserta di perkenalkan dengan Maklumat Palsu (KDB).

 

 

Klik Gambar Di Sini ADVOKASI KDB & MICROSOFT OFFICE POWER POINT


 

Laporan November - Advokasi KDB: Internet Safety, Latihan Keusahawanan (Kedai Dalam Talian) & E-Pembelajaran (Mewarna Online)

Tarikh

: 12 November 2018

Masa

: 2.00 Petang – 5.00 Petang

Lokasi

: Pusat Internet Kampung Gedong

Peserta

: 8 orang


Tujuan

 

Memberikan ilmu pengetahuan kepada perserta tentang kemahiran usahawan yang ada pada seseorang usahawan. Mendidik peserta agar menjadi pengguna internet yang bijak dan bertanggungjawab. Memberi pendedahan terhadap kewujudan PI Kampung Gedong dan aktiviti yang diadakan di PI. Peserta dapat mempelajari cara membeli barang secara online dan menjual produk mereka sendiri ke dalam talian. Aktiviti sampingan para peserta ialah mewarna online dimana dapat menambah kemahiran mewarna para peserta. Peserta diterangkan mengenai asas keusahawanan, ciri-ciri seorang usahawan, dan strategi pemasaran bagi seorang usahawan dalam perniagaan.

 

Aktiviti

Peserta diberikan taklimat usahawan perniagaan mengenai asas usahawan dan ciri-ciri usahawan yang berjaya. Mengajar cara untuk memuat naik gambar produk di laman myshop dengan strategi yang menarik. Mendidik peserta untuk mematuhi dan menjadi penguna internet yang bijak. Mempromosikan aktiviti di PI yang bakal diadakan kepada peserta. Memberi latihan kepada para peserta mewarna secara online www.coloringpages4u.com. Petugas juga memberi penerangan berkenaan kedai dalam talian seperti shopee, lazada, mudah.my dan juga dashboard komuniti (My Shop). Selain itu, peserta juga melihat video showing Klik Dengan Bijak yang berkaitan Keselamatan Penggunaaan Internet.

 

Klik Gambar Di Sini ADVOKASI KDB, KEUSAHAWANAN & MEWARNA ONLINE


Laporan November - Advokasi KDB (Penipuan Kewangan:Pembelian Secara Online), Dashboard Komuniti (Upload Produk Dalam My Shop) & Latihan Keusahawanan (Strategi Dalam Pemasaran & Asas Keusahawanan)

 

Tarikh

: 10 November 2018

Masa

: 2.00 Petang – 5.00 Petang

Lokasi

: Pusat Internet Kampung Gedong

Peserta

: 6 orang

 

Tujuan

 

Memupuk minat para peserta agar sentiasa mengikuti kelas di PI. Memberi pendedahan terhadap kewujudan PI Kampung Gedong. Mempromosi aktiviti PI dan menambah keahlian PI sedia ada. Mempelajari keusahawanan dan cara mempromosi produk. Menambah pengetahuan peserta dalam ICT. Menambah kemahiran keusahawanan para peserta dan cara mempromosi produk dalam My Shop.

 

Aktiviti

 

Peserta diberikan taklimat usahawan perniagaan mengenai asas usahawan dan ciri-ciri usahawan yang berjaya. Kelas ini meningkatkan tahap penguasaan komputer & cara upload produk ke dalam My Shop. Bagi meningkatkan tahap kesedaran keselamatan melayari internet, tayangan video klik dengan bijak berkenaan etika membeli secara online dan penipuan membeli online turut dijalankan. Sesi soal jawab antara petugas dan peserta turut diadakan.

 

Klik Gambar Di Sini ADVOKASI KDB, DASHBOARD KOMUNITI & KEUSAHAWANAN


Laporan November - Advokasi KDB,Check Your Label (CYL): Peralatan Komunikasi, Latihan Keusahawanan (Suntingan Imej: Menyimpan dan Mengedit Gambar Produk menggunakan PicsArt) & Dashboard Komuniti (Upload Produk Dalam My Shop)

Tarikh

: 11 November 2018

Masa

: 2.00 Petang – 5.00 Petang

Lokasi

: Pusat Internet Kampung Gedong

Peserta

: 4 orang


Tujuan

 

Kelas ini diadakan bertujuan untuk memperkenalkan aplikasi dashboard iaitu ruangan MyShop menyediakan platform untuk mengiklankan produk usahawan tempatan dan memasarkan produk mereka kepada komuniti setempat. Selain itu, mengajar peserta asas keusahawanan dan kemahiran keusahawanan seperti belajar mengedit produk dan mengambil gambar produk. Mendidik peserta pentingnya menyemak peralatan komunikasi yang mempunyai label MCMC sebagai pengesahan peralatan telah diperakukan mengikut standard yang ditetapkan.

 

Aktiviti

Para peserta diminta membuka laman web dashboard dan petugas menerangkan berkenaan aplikasi My Shop. Mereka diminta memasukkan maklumat berkenaan produk seperti harga, nombor telefon serta alamat untuk memudahkan pembeli mendapatkan maklumat berkenaan produk yang mereka berkenan. Setelah memasukkan maklumat, mereka memasukkan gambar produk mereka. Melalui aplikasi My Shop mereka dapat mengiklankan produk mereka. Selain itu, petugas memberi penerangan berkenaan Advokasi KDB berkenaan CYL (Semak Label Anda) supaya peserta mengetahui ciri keselamatan membeli produk.

 

Klik Gambar Di Sini ADVOKASI KDB, KEUSAHAWANAN & MY SHOP (DK)


Laporan November - Advokasi KDB (Love Scam) & Promosi (Pertandingan Mewarna: Computer Coloring Pages)

 

Tarikh

: 9 November 2018

Masa

: 2.00 Petang – 5.00 Petang

Lokasi

: Pusat Internet Kampung Gedong

Peserta

: 12 orang

 

Tujuan

 

Petugas menyediakan tayangan video yang bermanfaat untuk para peserta memahami keselamatan ketika melayari internet dan bagaimana untuk mengelak diri daripada terjebat dalam jerat cinta internet "Love Scam". Sesi soal jawab dengan petugas berkenaan video yang ditayangkan juga turut dijalankan. Pelbagai tips keselamatan menggunakan internet diberikan oleh petugas kepada para peserta dan meningkatkan ilmu pengetahuan kepada peserta tentang penggunaan internet yang betul. Aktiviti sampingan pertandingan mewarna turut diadakan bagi menguji kemahiran mewarna para peserta.

 

Aktiviti

 

Peserta  diperkenalkan tentang klik dengan bijak dimana ia adalah program kesedaran ke atas pengguna supaya lebih berhati-hati ketika melayari internet dalam kehidupan seharian mereka. Selain itu, petugas menyiarkan tayangan video klik dengan bijak dan contoh video yang bermanfaat untuk menjadi contoh kepada mereka supaya dapat berfikir yang mana baik dan buruk patut diikuti apabila melayari internet. Para peserta mempraktikkan apa yang diajar petugas supaya lebih berhati-hati ketika menggunakan internet supaya tidak terjebak ke dalam aktiviti yang tidak berfaedah.

 

Klik Gambar Di Sini ADVOKASI KDB & PERTANDINGAN MEWARNA