Laporan Disember - Advokasi KDB (Cyber Stalking) & Be Internet Awesome (Interland): Tower of Treasure
Tarikh |
: 4 Disember 2018 |
Masa |
: 2.00 Petang – 5.00 Petang |
Lokasi |
: Pusat Internet Kampung Gedong |
Peserta |
: 15 orang |
Tujuan
Peserta menggunakan web sebagai sumber pembelajaran. Meningkatkan tahap penguasaan & mendedahkan pelajar permainan pendidikan di atas talian. Meningkatkan tahap kesedaran keselamatan melayari internet. Mempromosikan aktiviti di PI Kampung Gedong yang bakal diadakan kepada peserta serta menambah keahlian yang sedia ada. Meningkatkan kesedaran keselamatan penggunaan internet para peserta.
Aktiviti
Petugas memberi penerangan berkenaan klik dengan bijak iaitu Cyber Stalking. Peserta diajar bagaimana membuka laman web Interland: Tower of Treasure. Seterusnya peserta mengikut arahan daripada petugas sebelum memulakan permainan tersebut. Permainan ICT tersebut menguji kemahiran berfikir para peserta. Sesi soal jawab di antara peserta dan petugas juga turut diadakan. Setelah habis permainan ICT, maka sijil nama peserta yang mengikuti aktiviti tersebut akan dikeluarkan kepada para peserta.
Klik Gambar Di Sini ADVOKASI KDB & BE INTERNET AWESOME (INTERLAND)
Laporan Disember - Advokasi KDB (Teknologi dan Anda) & Pengenalan kepada Video
Tarikh |
: 3 Disember 2018 |
Masa |
: 2.00 Petang – 5.00 Petang |
Lokasi |
: Pusat Internet Kampung Gedong |
Peserta |
: 10 orang |
Tujuan
Peserta mengikuti kelas klik dengan bijak dimana dalam dalam kelas tersebut peserta mempelajari tentang teknologi dan peranan peserta sebagai warga digital. Peserta akan menerokai dunia digital. Selain itu, kelas Pengenalan kepada Video membantu peserta mengetahui software video dan bagaimana cara menggunakan softare tersebut. Melatih peserta kemahiran membuat video dan mengetahui komponen dalam komputer. Menarik minat peserta mengikuti kelas di PI Kampung Gedong.
Aktiviti
Petugas memberi penerangan berkenaan klik dengan bijak iaitu warga digital, peranan serta fungsi. Tayangan slaid KDB & video tentang Teknologi dan Anda turut diadakan buat para peserta yang mengikuti kelas. Seterusnya, para peserta diterangkan software video, dan komponen yang terdapat dalam software tersebut. Petugas mengajar membuat video yang mudah dahulu. Setelah diajar, petugas memberikan latihan kepada para peserta dan mereka mencuba membuat video yang mudah.
Klik Gambar Di Sini ADVOKASI KDB & PENGENALAN KEPADA VIDEO
Laporan Disember - Advokasi KDB (What is Digital Citizenship?), Dashboard Komuniti (My Komuniti) & Latihan Asas Microsoft Word (Menaip Karangan)
Tarikh |
: 10 Disember 2018 |
Masa |
: 2.00 Petang – 5.00 Petang |
Lokasi |
: Pusat Internet Kampung Gedong |
Peserta |
: 10 orang |
Tujuan
Peserta mengetahui makna digital dan citizenship. Peserta diberi penerangan mengenai teknologi digital zaman dahulu dan perbandingan dengan zaman sekarang serta peranan komuniti dalam menggunakan peralatan teknologi secara berhemah. Selain itu, peserta mempelajari sejarah teknologi seperti telefon lama yang bertukar menjadi smartphone android dan ios yang lebih canggih pada masa kini. Menambah minat para peserta menerokai dunia ICT. Menambah pengetahuan dan kemahiran menaip serta mempromosi dashboard komuniti kepada peserta.
Aktiviti
Petugas memberi penerangan berkenaan klik dengan bijak iaitu warga digital, peranan serta fungsi. Tayangan slaid KDB & video turut diadakan buat para peserta yang mengikuti kelas. Setelah mendengar penerangan daripada petugas berkenaan KDB, peserta diminta membuat pengumuman di dalam My Komuniti (Dashboard Komuniti). Seterusnya, para peserta diterangkan fungsi Microsoft Word, dan komponen yang terdapat dalam software tersebut. Setelah diajar, petugas memberikan latihan menaip kepada para peserta dan mereka mengaplikasi apa yang dipelajari di dalam kelas dengan menyiapkan latihan karangan yang diberi.
Klik Gambar Di Sini ADVOKASI KDB & LATIHAN ASAS MICROSOFT WORD
Laporan Disember - Advokasi KDB (Phishing Scam), Dashboard Komuniti (My Komuniti) & Microsoft Power Point (Mencipta Slaid Pembentangan)
Tarikh |
: 11 Disember 2018 |
Masa |
: 2.00 Petang – 5.00 Petang |
Lokasi |
: Pusat Internet Kampung Gedong |
Peserta |
: 10 orang |
Tujuan
Menambah ahli PI Kampung Gedong dan menarik minat para peserta mengikuti aktiviti dan program yang dianjurkan di Pusat Internet. Selain itu, menambah pengetahuan ICT para peserta dalam mempelajari keselamatan menggunakan internet dan tips keselamatan serta aduan yang boleh dibuat apabila menjadi mangsa scam. Peserta mempelajari Microsoft Power Point serta fungsinya. Meningkat kemahiran dalam Microsoft Office serta penggunaan My Komuniti.
Aktiviti
Petugas memberi penerangan berkenaan klik dengan bijak iaitu what is phishing scam? Petugas memberi arahan kepada peserta melayari internet explorer dan mencari makna perkataan tersebut. Mereka diminta memahami dulu, sebelum diberi penerangan sendiri oleh petugas. Seterusnya, peserta membuat pengumuman dalam My Komuniti. Akhir sekali, peserta diberi penerangan berkenaan Microsoft Power Point, cara menambah slaid, menukar font, menyimpan dan menambah gambar dalam slaid, serta menukar design slaid mengikut kreativiti para peserta.
Klik Gambar Di Sini ADVOKASI KDB, DASHBOARD KOMUNITI & POWER POINT
Laporan Disember – Advokasi KDB (Merisik) & Latihan Keusahawanan (Pemasaran Dalam Talian: Pengenalan Kepada Shopee)
Tarikh |
: 2 Disember 2018 |
Masa |
: 2.00 Petang – 5.00 Petang |
Lokasi |
: Pusat Internet Kampung Gedong |
Peserta |
: 5 orang |
Tujuan
Melatih peserta menggunakan laman web perniagaan secara online iaitu shopee. Mendidik para peserta yang berniaga secara kecil-kecilan untuk membuat promosi secara atas talian seperti perniagaan produk makanan basah, kecantikan dan lain-lain. Membentuk golongan peserta agar kreatif dan inovatif dengan menggunakan kemahiran komputer yang ada dan menggunakan laman web sebagai medium perniagaan untuk menambah pendapatan.
Aktiviti
Peserta diajar cara menggunakan laman web shopee dan bagaimana cara membeli atau mempromosi produk mereka supaya produk mereka dapat dipasarkan secara meluas. Setelah mahir menggunakan shopee, peserta diberi pendedahan bagaimana untuk menarik minat pengguna membeli produk mereka. Cara memasukkan maklumat produk dan cara pembelian produk turut diajar kepada para peserta. Sesi soal jawab antara petugas dan peserta turut dijalankan.
Klik Gambar Di Sini ADVOKASI KDB & LATIHAN KEUSAHAWANAN