Laporan November - Gambar (Search Images : Google) & Save Images & Advokasi KDB (Penyebaran Berita Palsu Di Laman Sosial: Facebook)
Tarikh |
: 8 November 2018 |
Masa |
: 2.00 Petang – 5.00 Petang |
Lokasi |
: Pusat Internet Kampung Gedong |
Peserta |
: 6 orang |
Tujuan
Peserta didedahkan tentang menggunakan internet secara bijak dan berhemah melalui tayangan video KDB berkenaan penyebaran berita palsu di laman sosial terutamanya di Facebook. Kecuaian pengguna dalam menggunakan internet boleh mendatangkan kesan buruk kepada penggunanya. Melalui bimbingan serta latihan yang telah diberikan, para peserta dalam menguasai internet google search pencarian imej, menyimpan dan mengedit gambar. Selain itu, menambah minat peserta agar sentiasa mengikuti kelas di PI. Seterusnya, dapat menarik minat peserta untuk belajar di PI Kampung Gedong.
Aktiviti
Peserta diajak bersama-sama menonton video tentang berita palsu yang tersebar di laman sosial terutama di Facebook. Video berkenaan kesan negatif sesetengah pengguna internet yang suka mempercayai berita palsu khususnya di laman sosial. Ia mendatangkan kesan negatif kepada diri individu itu sendiri dan orang lain. Para peserta mendengar penerangan daripada petugas yang mengingatkan peserta agar lebih berwaspada untuk mempercayai berita tersebar di internet yang belum tentu sahih. Seterusnya, petugas menerangkan kepada peserta cara menggunakan laman web google, cara membesar dan mengecil gambar serta menyimpan fail yang dibuat.
Klik Gambar Di Sini ADVOKASI KDB & MULTIMEDIA (GAMBAR)
Laporan November - Advokasi KDB (Oversharing) & Microsoft Excel (Pengenalan Microsoft Excel & Asas Dalam Membina Helaian Kerja)
Tarikh |
: 7 November 2018 |
Masa |
: 2.00 Petang – 5.00 Petang |
Lokasi |
: Pusat Internet Kampung Gedong |
Peserta |
: 10 orang |
Tujuan
Peserta dapat mengetahui keburukan berkongsi maklumat peribadi dengan orang lain dan dapat membuat tetapan privasi dalam akaun masing-masing kerana ianya melibatkan isu keselamatan peribadi mereka. Selain itu, peserta dapat mewujudkan keseimbangan privasi dan tabiat berkongsi. Selain itu, peserta dapat menambah pengetahuan asas komputer dalam microsoft excel. Memudahkan peserta untuk memasukkan maklumat, menukar, menghapus, serta menambah maklumat yang mereka kehendaki.
Aktiviti
Peserta di perkenalkan dengan Advokasi KDB "Oversharing'. Tayangan video KDB turut diadakan. Sesi soal jawab antara petugas dan peserta berkenaan berkongsi maklumat peribadi di laman sosial turut diadakan. Selain itu, petugas menerangkan kepada peserta fungsi keselamatan tetapan dalam laman sosial untuk kegunaan peserta. Di samping itu, para peserta diajar excel dimana mereka diajar untuk mengetahui cara membina dokumen baru, memasukkan data, menyimpan data, dan membuka semula data yang telah disimpan.
Klik Gambar Di Sini ADVOKASI KDB & MICROSOFT EXCEL
Laporan November - Advokasi KDB (Cyberbullying: Let's Fight It Together), Microsoft Word (Smart Art: Membina Carta Organisasi)
Tarikh |
: 5 November 2018 |
Masa |
: 2.00 Petang – 5.00 Petang |
Lokasi |
: Pusat Internet Kampung Gedong |
Peserta |
: 10 orang |
Tujuan
Meningkatkan tahap penguasaan & mendedahkan pelajar tahap ICT yang telah mereka pelajari. Meningkatkan kefahaman dalam Microsoft Office Word. Mempromosikan aktiviti di PI yang bakal diadakan kepada peserta. Memberi galakan kepada peserta dan memupuk minat belajar dalam diri peserta. Peserta boleh menghasilkan carta organisasi yang menarik. Peserta dipandu cara untuk menggunakan Microsoft Word bagi menghasilkan carta organisasi yang menarik. Selain itu, para peserta menyaksikan tayangan video dan penerangan daripada petugas berkenaan buli siber terhadap pelajar sekolah.
Aktiviti
Peserta membuka Microsoft Word dan petugas mengarahkan peserta membina rajah menerusi arahan Insert(SmartArt) dan memilih Hierarchy(Organization Chart). Rajah carta organisasi akan dipaparkan. Peserta boleh menambah kotak-kotak organisasi menggunakan Insert Shape, SmartArt Styles, dan menukar warna kotak tersebut(Change Colors). Peserta juga menukar font menggunakan Word Art bagi tajuk utama supaya nampak lebih cantik. Kelas ini diadakan bertujuan untuk memperkenalkan Microsoft Office kepada para peserta terutamanya Microsoft Word. Peserta akan diterangkan fungsi Microsoft Word.
Klik Gambar Di Sini ADVOKASI KDB & MICROSOFT WORD
Laporan November - Advokasi KDB (Pengawasan Ibu Bapa Di Internet) & Latihan Menaip (Membuat Risalah)
Tarikh |
: 6 November 2018 |
Masa |
: 2.00 Petang – 5.00 Petang |
Lokasi |
: Pusat Internet Kampung Gedong |
Peserta |
: 9 orang |
Tujuan
Membangunkan kemahiran pemprosesan kata dalam membuat risalah dan kemahiran dalam menggunakan Microsoft Office Word. Memberi pendedahan penggunaan internet yang bijak dan dapat membantu para peserta. Peserta diberitahu kaedah untuk membuka perisian Microsoft Word di dalam komputer dan diperkenalkan dengan Microsoft Word serta diterangkan fungsi Microsoft Word. Peserta dipandu cara untu menggunakan Microsoft Word seperti ‘save document’, menukar fon, mengedit teks, dan menggunakan Drop Cap. Kelas ini dapat menambah pengetahuan ict peserta sekaligus peserta dapat mencipta sesuatu risalah yang menarik dalam pembelajaran Kelas Microsoft Office.
Aktiviti
Peserta membuka perisian pemprosesan kata dan buka dokumen baru dalam Microsoft Word. Petugas menerangkan langkah-langkah membuat risalah dan diikuti para peserta. Peserta membuat risalah dan menambah page border dan drop cap bagi mencantikkan lagi risalah yang dibuat. Peserta juga menonton tayangan klik dengan bijak dan slaid berkenaan pengawasan ibu-bapa di internet. Sesi soal jawab antara petugas dan peserta turut diadakan. Peserta mendengar penerangan daripada petugas berkenaan peranan mereka sebagai pengguna internet dan apakah tanggungjawab ibu-bapa dalam memastikan anak-anak melayari internet secara berhemah.
Klik Gambar Di Sini ADVOKASI KDB & LATIHAN MENAIP
Laporan November - Advokasi KDB (Fitnah Siber), Dashboard Komuniti (My Komuniti)
Tarikh |
: 4 November 2018 |
Masa |
: 2.00 Petang – 5.00 Petang |
Lokasi |
: Pusat Internet Kampung Gedong |
Peserta |
: 7 orang |
Tujuan
Memberikan pendedahan kepada peserta keburukan buli siber ataupun fitnah siber. Selain itu, untuk memupuk nilai berjaga-jaga dalam berkongsi sesuatu maklumat dengan rakan sebaya. Untuk mengelakkan berlakunya perkara yang tidak diingini akan berlaku kepada mangsa buli siber. Seterusnya, mempromosikan Dashboard Komuniti (My Komuniti) kepada para peserta disamping mempromosi Pusat Internet Kg Gedong. Untuk menarik minat para peserta nenggunakan aplikasi dashboard komuniti di mana My Komuniti merupakan medium untuk peserta berhubung atau berkongsi info yang berfaedah.
Aktiviti
Semua peserta mendengar dengan teliti penerangan petugas berkenaan jenayah buli siber. Hukuman ataupun kesalahan yang akan mereka peroleh sekiranya melakukan jenayah tersebut. Ini kerana banyak kesan negatif buli siber terutama akan menyebabkan mangsa buli menjadi trauma dan sebagainya. Jadi, para peserta mengambil iktibar daripada penerangan petugas berkenaan buli siber supaya lebih berhati-hati. Peserta ditayangkan video mengenai Buli Siber melalui Advokasi KDB. Sesi soal jawab antara petugas dan peserta turut diadakan. Aktiviti sampingan para peserta iaitu membuat pengumuman dalam My Komuniti juga turut diadakan.
Klik Gambar Di Sini ADVOKASI KDB & DASHBOARD (MY KOMUNITI)