TARIKH

: 10 JULAI 2024

MASA

: 2.00 PETANG - 5.00 PETANG

LOKASI

: NADI KAMPUNG GEDONG

PESERTA

: KOMUNITI SEKITAR GEDONG

Tujuan

Meningkatkan Kemahiran Keusahawanan seperti memberikan pengetahuan asas dalam bidang keusahawanan. Mengajar cara merancang, mengurus, dan mengembangkan perniagaan. Memberi peluang untuk memulakan perniagaan sendiri dalam bidang pembuatan cookies. Menjana pendapatan tambahan atau utama melalui penjualan cookies. Membantu meningkatkan kreativiti dalam mencipta resepi dan reka bentuk cookies. Memberikan peluang untuk mencuba dan menginovasikan produk baru yang unik dan menarik. Memberikan kemahiran praktikal dalam pembuatan chocolate pod cookies. Mengajar teknik-teknik penting seperti pemilihan bahan, kaedah memasak, dan penyimpanan.

Aktiviti

Peserta diajar tentang pengurusan Kos dan Harga. Mengajar cara mengira kos pengeluaran dan menetapkan harga jualan yang kompetitif. Membantu dalam pengurusan kewangan perniagaan kecil. Selain itu, peserta diajar tentang Pemasaran dan Jualan. Memberikan pengetahuan tentang strategi pemasaran yang berkesan. Mengajar cara untuk menjual produk melalui platform dalam talian dan luar talian. Peserta diajar cara membuat Chocolate Pod Cookies secara teori dan praktikal berdasarkan panduan yang telah disediakan. Resepi tentang pembuatan Chocolate Pod Cookies disediakan sebagai rujukan para peserta. 

GAMBAR DI SINI 

TARIKH

: 12 JULAI 2024

MASA

: 9.00 PAGI - 12.00 TENGAHARI

LOKASI

: NADI KAMPUNG GEDONG

PESERTA

: PELAJAR 

Tujuan

Mempertingkatkan kemahiran penggunaan internet dan mengenali perkakasan komputer. Menguji tahap penguasaan pelajar dalam menaip pantas secara online. Membentuk pelajar agar lebih berdaya saing dengan kepantasan menaip mengikut masa yang ditetapkan. Meningkatkan tahap kesedaran keselamatan melayari internet. Mempromosikan aktiviti di NADI yang bakal diadakan kepada peserta. 

Aktiviti

Petugas memberi tunjuk ajar cara menggunakan komputer dan mengenali komponen yang terdapat dalam komputer. Peserta diberi penerangan bagaimana membuka laman web menaip pantas menggunakan link yang disediakan oleh petugas.  Para peserta mengikuti arahan yang diberikan. Peserta memulakan latihan menaip mengikut arahan daripada petugas.

GAMBAR DI SINI

TARIKH

: 2 JULAI 2024

MASA

: 9.00 PAGI - 3.00 PETANG

LOKASI

: NADI KAMPUNG GEDONG

PESERTA

: KOMUNITI SEKITAR GEDONG

Tujuan

KWSP atau Kumpulan Wang Simpanan Pekerja membantu anda menyimpan wang buat hari tua. KWSP memastikan simpanan anggota selamat dan mendapat dividen yang berpatutan. Peserta dapat membuat pembayaran pendahuluan pembelian rumah pertama, penyelesaian baki pinjaman perumahan bagi rumah pertama, pembiayaan pendidikan diri pencarum dan anak-anak, menampung kos-kos perubatan diri pencarum dan anak-anak dan banyak lagi.

Aktiviti

Peserta diberi penerangan tentang KWSP dan peserta boleh mendaftar akaun KWSP di kaunter yang dibuka, dan peserta boleh mengemaskini maklumat secara online menggunakan android. Peserta boleh menyemak baki simpanan semasa KWSP dengan pegawai yang bertugas. Selain itu, NADI Gedong turut memberi penerangan kepada peserta tentang KWSP dan program ini dapat menarik minat para peserta berkunjung ke NADI Gedong dan mengikuti program lain yang akan dibuat pada masa akan datang.

GAMBAR DI SINI

LAPORAN JULAI

TARIKH

: 11 JULAI 2024

MASA

: 9.00 PAGI - 12.00 TENGAHARI

LOKASI

: NADI KAMPUNG GEDONG

PESERTA

: DEWASA

Tujuan

Meningkatkan kemahiran ICT para peserta terutamanya dalam penggunaan komputer. Peserta mempelajari asas keusahawanan dan mempelajari cara membuat sticker produk. Meningkatkan daya kreativiti para peserta sekaligus meningkatkan kemahiran berfikir para peserta dalam menghasilkan sesuatu imej produk yang menarik. Mempelajari cara menggunakan Canva dan membuat sticker.

Aktiviti

Para peserta diberi penerangan mengenai kelebihan menjadi ahli NADI Gedong dan aktiviti yang bakal diadakan di NADI pada masa akan datang. Peserta diberi pendedahan asas komputer dan pengenalan software kepada peserta sebagai rujukan untuk peserta membuat suntingan sticker produk. Selain itu, peserta mempelajari asas multimedia.

GAMBAR DI SINI

TARIKH

: 1 JULAI 2024

MASA

: 9.00 PETANG - 3.00 PETANG