LAPORAN OKTOBER
TARIKH |
: 10 OKTOBER 2024 |
MASA |
: 10.00 PAGI - 11.30 PAGI |
LOKASI |
: NADI KAMPUNG GEDONG |
PESERTA |
: 27 ORANG |
Tujuan
Ini adalah satu inisiatif yang dijalankan secara atas talian melalui Zoom di NADI Kampung Gedong dengan tujuan utama untuk menarik minat masyarakat tempatan menyertai NADI sebagai ahli, serta memperkenalkan pelbagai kursus kemahiran yang ditawarkan oleh program tersebut. Taklimat ini bertujuan untuk memupuk keterlibatan masyarakat dalam memperkasakan diri mereka dengan pelbagai kemahiran yang relevan untuk kehidupan seharian dan kerjaya masa depan.
Aktiviti
NADI mahir adalah kursus dalam talian yang menawarkan pelbagai kemahiran praktikal seperti mahir foto iaitu asas fotografi dan suntingan. Mahir baiki gadget iaitu membaiki peranti elektronik. Mahir masak iaitu teknik memasak untuk kegunaan peribadi/perniagaan. Mahir jahit iaitu jahitan asas hingga kompleks. Mahir pertanian iaitu pertanian moden dan organik. Tempoh kelas adalah 1-1.5 jam/sesi, sekali seminggu (3-6 bulan). Dapat belajar bersama pakar industri. Kit dan peralatan juga disediakan di NADI.
LAPORAN OKTOBER
TARIKH |
: 5 OKTOBER 2024 |
MASA |
: 11.00 PAGI - 12.00 TENGAHARI |
LOKASI |
: NADI KAMPUNG GEDONG |
PESERTA |
: 5 ORANG |
Tujuan
Memberi pendedahan kepada peserta tentang E-Sukan, termasuk sejarah, perkembangan, dan kepentingannya dalam era digital. Melatih peserta tentang aspek teknikal dan strategik permainan video kompetitif dalam E-Sukan. Menerapkan semangat kerjasama dan kemahiran berkomunikasi yang diperlukan dalam permainan berkumpulan. Memberi nasihat tentang pentingnya mengimbangi aktiviti E-Sukan dengan kesihatan fizikal dan mental, serta membina gaya hidup yang seimbang.
Aktiviti
Kelas ini diadakan di bawah program NADI yang bertujuan untuk menyediakan pendidikan digital kepada masyarakat luar bandar dan pedalaman bagi memperkasakan mereka dengan kemahiran abad ke-21. Ini adalah inisiatif yang dijalankan bagi memupuk kesedaran tentang E-Sukan di kalangan peserta, terutama di kawasan luar bandar seperti Kampung Gedong. Aktiviti ini dijalankan secara dalam talian melalui platform Zoom dan bertujuan untuk memberikan pemahaman yang lebih mendalam tentang potensi dan peluang yang wujud dalam industri E-Sukan.
LAPORAN SEPTEMBER
TARIKH |
: 12 SEPTEMBER 2024 |
MASA |
: 2.00 PETANG - 5.00 PETANG |
LOKASI |
: NADI KAMPUNG GEDONG |
PESERTA |
: 1 ORANG |
Tujuan
Mempromosikan NADI Kampung Gedong serta menambah keahlian NADI Kampung Gedong sedia ada. Menarik minat para belia mengikuti kelas yang dianjurkan di NADI Kampung Gedong. Menambah pengetahuan asas ICT para peserta dalam penggunaan Microsoft Office Word. Memberi bimbingan dan tunjuk ajar kepada para peserta membuat surat rasmi mengikut format yang betul. Mengajar peserta menggunakan Microsoft office serta mengetahui fungsinya.
Aktiviti
Petugas memberi penerangan kepada para peserta cara menggunakan Microsoft Office Word mengikut langkah-langkah yang diberikan. Petugas menyediakan modul pembelajaran kepada para peserta sebagai rujukan untuk membuat latihan. Seterusnya, petugas akan memberi arahan dan memberi penerangan cara menggunakan Microsoft Office Word. Peserta membuat Surat Rasmi mengikut buku modul pembelajaran yang diberi.
LAPORAN SEPTEMBER
TARIKH |
: 13 SEPTEMBER 2024 |
MASA |
: 2.00 PETANG - 5.00 PETANG |
LOKASI |
: NADI KAMPUNG GEDONG |
PESERTA |
: 50 ORANG |
Tujuan
Bengkel ini penting bagi memastikan komuniti luar bandar seperti Kg Gedong tidak ketinggalan dalam arus pembangunan teknologi, dan membantu mereka memahami serta memanfaatkan sepenuhnya teknologi digital dalam kehidupan harian dan pekerjaan. Memperkenalkan konsep keselamatan digital, termasuk cara melindungi data peribadi dan identiti dalam talian. Peserta membuat akaun Canva dan meneroka dashboard, termasuk templat reka bentuk sedia ada. Membantu peserta memahami fungsi Canva sebagai alat untuk mencipta reka bentuk grafik tanpa memerlukan kemahiran profesional.
Aktiviti
Peserta mencipta akaun perniagaan di platform e-dagang. Mengakses internet dan membuka laman web Canva. Pengenalan asas kepada Canva dan latihan mencipta poster digital menggunakan templat Canva. Peserta belajar cara mengedit dan menyunting imej menggunakan alatan penyuntingan Canva. Melalui aktiviti-aktiviti ini, peserta bengkel akan mempelajari asas reka bentuk digital yang boleh diaplikasikan dalam kehidupan harian dan perniagaan mereka, sambil meningkatkan kemahiran kreatif dan teknikal menggunakan Canva. Pembahagian kits untuk kanak-kanak berumur 3 tahun dan Ibu Mengandung oleh Pustaka Sarawak.
LAPORAN SEPTEMBER
TARIKH |
: 10 SEPTEMBER 2024 |
MASA |
: 2.00 PETANG - 5.00 PETANG |
LOKASI |
: NADI KAMPUNG GEDONG |
PESERTA |
: 11 ORANG |
Tujuan
Memberi pengetahuan asas tentang perkakasan komputer, seperti fungsi dan komponen utama (CPU, monitor, papan kekunci, tetikus, dsb.) Memupuk kreativiti melalui aktiviti mewarna digital menggunakan perisian atau aplikasi lukisan. Meningkatkan kemahiran teknikal dengan penggunaan alat-alat digital. Membantu peserta, terutamanya kanak-kanak, mempelajari huruf ABC dengan kaedah interaktif menggunakan video di YouTube.
Aktiviti
Bengkel ini dirancang untuk memberi asas yang kukuh dalam teknologi komputer sambil memperkenalkan kaedah pembelajaran yang menyeronokkan dan interaktif. Peserta akan dapat memahami konsep asas perkakasan komputer, menggunakan kemahiran digital untuk mewarna, dan belajar huruf ABC dengan lebih efektif. Peserta akan mengikuti nyanyian atau pengulangan huruf melalui video yang menarik dengan animasi.